Tuesday 27 September 2011

Keadaan Syaitan Dan Iblis Selepas Tiupan Sangkakala Pertama

Dan (ingatlah) hari ketika ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang ada di langit dan segala yang di bumi, kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah”(Al-Naml : 87)

Biasanya kita sering dikhabarkan dengan keadaan manusia-manusia jahat yang kucar-kacir dan huru-hara selepas terjadinya tiupan sangkakala yang pertama, di mana ketika itu sudah tiba masanya saat dunia bakal digulungkan oleh Allah S.W.T. Bumi akan memuntahkan segala isinya, Langit pula bakal melemparkan segala yang terapung menghempap ke muka bumi. Lampu alam iaitu matahari bakal kehilangan kuasanya dan saksikanlah ketika itu dunia dalam keadaan yang gelap gelita. Tiada lagi istilah siang dan malam. Si ibu yang mengandungkan anak, akan melahirkan anaknya tanpa sedar. Ibu yang menyusukan anak akan lari lintang-pukang meninggalkan anaknya dan pelbagai lagi kedahsyatan huru-hara bakal berlaku yang tidak akan tercapai dek akal.

Namun bagaimana pula dengan keadaan makhluk terkutuk yang sekian lama tidak pernah bertaubat dari menyesatkan manusia dan menyesatkan dirinya sendiri iaitu Iblis dan syaitan?. Percayalah wahai saudara pembaca bahawa iblis dan syaitan itu juga tidak akan terlepas dari kedahsyatan huru-hara. Menurut sebuah kitab yang saya kaji iaitu kitab yang mempunyai pengisian tentang tanda-tanda kiamat, pada ketika itu tiada lagi hijab di antara Syaitan dan Manusia. Manusia ingin berlindung kepada syaitan dan syaitan ingin berlindung kepada manusia. Masing-masing dalam keadaan kucar-kacir dan ingin keluar mencari perlindungan.

Akhirnya seluruh makhluk syaitan dan manusia pergi berjumpa iblis dengan hasrat meminta pertolongannya yang mereka anggap berkuasa dan merupakan pemimpin mereka. Setibanya di hadapan iblis, mereka melihat iblis dalam keadaan bingung dan hampir mati seperti keadaan mereka. Kerana tidak mampu mengatasi keadaan itu, akhirnya mereka memutuskan untuk pergi mencari perlindungan di laut. Sesampainya di tepi laut, ketakutan mereka kian melonjak akibat melihat paras air laut yang meninggi dan api yang marak menjulang di atas permukaan air.

Mengapa air laut naik?, Paras air laut meningkat dek kerana kutub utara dan selatan telah cair seluruhnya, bulan , matahari dan bintang telah terjatuh ke dalam laut dan gegaran gempa bumi juga menyebabkan paras air laut meningkat. Air laut yang mendidih adalah kerana api yang berada dalam dasar laut sudah menyala sehingga menyebabkan ianya menjulang ke permukaan air.

Makhluk syaitan dan manusia bingung dan beridiri di tepi pantai. Iblis berlari ke sana sini mencari jalan keluar. Namun ke mana sahaja dia pergi, dunia dipenuhi dengan api yang marak dan asap yang berkepul. Maka ketika itu iblis teringatlah pada masa lalunya iaitu ketika Allah S.W.T pernah mengarahkannya untuk bersujud kepada adam namun dengan bongkaknya dia mengingkari perintah itu. Maka Allah S.W.T berjanji akan memasukkannya ke dalam neraka yang cukup panas!. Iblis sudah mula menyesali perbuatanya selama ini, dan berada dalam keadaan ketakutan. Tetapi hatinya yang keras itu berkata dengan suara yang lantang “Tidak, Tidak wahai tuhan sekalian Alam!”

Iblis menyesal dengan perbuatannya dan berkata “wahai tuhanku, suruhlah aku sujud kepada sesiapapun yang engkau kehendaki”

Syaitan yang patuh hormat kepada iblis selama ini menjadi bingung melihat tindak-tanduk pemimpin mereka itu yang kelihatan sujud dan merendah diri. Syaitan pergi mengelilingi pemimpin mereka dan bersuara “Wahai penghulu kami, kepada siapa engkau merendah diri dan bersujud?” Iblis mendongakkan kepalanya melihat mereka seraya berkata “ aku sujud dan merendah diri kepada Tuhan sekalian alam yang telah memanjangkan umurku sampai hari yang sudah ditetapkan(kiamat). Sekarang sudah dekat masa hari yang ditentukan itu”.

Rupanya selama ini syaitan-syaitan tidak tahu bahawa ada yang lebih berkuasa daripada iblis yang merupakan pemimpin mereka. Mereka juga tidak tahu adanya kiamat, neraka dan sebagainya. Sekarang sedarlah mereka bahawa apa yang ditentukan Allah bakal terjadi. Alam akhirat itu benar, hari berbangkit itu benar dan pembalasan juga benar.

Hati mereka berbisik “Rupanya huru hara yang dilihat adalah petanda kliamat. Di mana akan kami ditempatkan?, adakah bagi kami jalan keluar dari azb neraka?. Sudah pasti kami akan ditempatkan ke dalam neraka selama-lamanya. Wahai Iblis, sungguh engkau sudah mencelakakan dirimu, engkau juga telah menyesat dan mencelakakan kami”.

Tiba-tiba terdengarlah suara yang dilaungkan.”Sekarang sudah datanglah ketentuan Allah, maka jangan kamu minta untuk diperlambatkan lagi.” Seluruh mereka terkejut dan berdiri setiap bulu roma mereka. Kiamat nyata semakin hamper, air mata penyesalan mencurah-curah ke muka bumi. Mereka semakin menyesal dan menjerit “ Tidak, tidak wahai tuhanku. Wahai tuhanku, berilah aku masa, berilah aku peluang untuk bertaubat. Aku belum mahu mati lagi, aku ingin hidup. Berikanlah aku masa untuk bertaubat, jika ada peluang itu untukku, kurniakanlah aku masa yang panjang untuk hidup dan kesemua waktu yang ada akan ku gunakan untuk bertaubat dan mengabdikan diri kepada-Mu. Suruhlah aku apa sahaja yang engkau kehendaki dan aku pasti akan patuh dan tunduk kepada-Mu wahai tuhanku. Aku mohon pada-Mu, terimalah doa hamba-Mu yang cukup hina ini. Yang betul-betul mengharapkan pertolonganMu wahai tuhanku. Kurniakanlah aku peluang yang terakhir wahai Tuhan Yang Maha Penyayang. Aku tidak akan tahan dibakar di dalam Neraka. Kasihanilah hamba-Mu ya Allah, dengan rahmat-Mu ya tuhanku Yang Maha Agung. Sekarang aku beriman kepada-Mu. Engkaulah Tuhanku, dan Engkaulah Tuhan Sekalian Alam.”

Bukan syaitan-syaitan sahaja yang berbuat demikian bahkan iblis pun sentiasa sujud. Dia betul-betul menyesal, menangis dan berkata “Wahai tuhanku, sekarang perintahkanlah aku sujud kepada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki, maka aku akan melakukannya”.

Namun permintaan iblis dan syaitan itu tidak dihiraukan, tiupan sangkakala kedua terus berbunyi iaitu tiupan yang mematikan seluruh makhluk. Malaikat Izrail turun ke muka bumi dengan rupa yang ganas dan mencabut nyawa mereka dengan paksa dan kekerasan kerana yang tinggal ketika itu hanyalah orang-orang jahat. Izrail mencabut nyawa semua makhluk kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah.

Dari Pemerhatian, Pandangan Serta Kajian
Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican
(Moderator Blog Minda Maya & TerusTeguh.Com)
www.terusteguh.com
www.terusteguh.com/blog

terusteguh.com » Ilmu Islamiah : Keadaan Syaitan Dan Iblis Selepas Tiupan Sangkakala Pertama:

'via Blog this'

Kewujudan jin, iblis dan syaitan sesatkan manusia wajib dipercayai

Ustaz Zamanuddin Jusoh

APAKAH perbezaan antara jin, iblis dan syaitan serta peranan makhluk itu dalam mengganggu dan menyesatkan umat manusia. Apakah benar ia dapat dilihat dalam jelmaan tertentu. Apakah hukum mereka yang ingkar akan kewujudannya dengan alasan ia tidak dapat dilihat. KETIGA-TIGA makhluk ini ciptaan Allah SWT yang berurusan untuk mengganggu serta menyesatkan manusia. Ia dicipta daripada api seperti termaktub dalam al-Quran melalui firman bermaksud: “Dan Dia menciptakan jin dari api.” (Surah ar-Rahman, ayat 15).

Mereka diberi keizinan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat.” (Surah Sad, ayat 81).

Hakikatnya mereka berasal dari satu golongan kerana al-Quran juga menggunakan istilah jin, iblis dan syaitan. Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya pernah mentafsirkan jin dengan makna iblis. Al-Quran menjelaskan ia asalnya kelompok malaikat (mengikut setengah tafsiran) yang ingkar perintah Allah.

Kebanyakan ulama tafsir menyatakan iblis adalah bapa kepada semua jin dan syaitan. Ia juga terdiri daripada yang beriman dan kafir. Ia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar manusia. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya dia (syaitan) dan kuncunya dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raf, ayat 27).

Ada pendapat mengatakan iblis dan syaitan berasal daripada golongan jin yang ingkar perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. Dikatakan bahawa Jin Afrit adalah yang paling aktif dan cerdik seperti sejarah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis dari Yaman.

Makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai.” (Hadis riwayat Hakim dengan sanad sahih).

Hadis daripada Aishah diriwayatkan Muslim, mengatakan anjing hitam adalah jelmaan syaitan. Begitu juga kucing dan keldai hitam kerana warna hitam adalah himpunan kekuatan bagi syaitan dan tenaga tambahan bagi mereka.

Tetapi bukan bermakna semua anjing, kucing dan kaldai hitam adalah syaitan kerana maksud ungkapan Rasulullah adalah gambaran kepada warna yang buruk dan kurang faedahnya bagi binatang itu. (Dr Abd Wahab Abd Ati Abdullah � Rektor Universiti Al-Azhar).

Antara peranan jahat syaitan ialah:

  • Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu.” (Surah Al-Maidah, ayat 91).
  • Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan.”
  • Tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: “Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak.” (Ibnu Jauzi).
  • Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari).
  • Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah bermaksud: “Dan syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisa’, ayat 60).
  • Menyeru kepada kejahatan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 169).
  • Menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 169).
  • Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah maka syaitan adalah teman yang selalu bersamanya.” (Surah Az-Zukhruf, ayat 36).
  • Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah bermaksud: “Ada di kalangan manusia yang membantah mengenai agama Allah tanpa ilmu dan mengikut syaitan yang jahat.” (Surah Al-Haj, ayat 3).

Justeru, sesiapa yang ingkar mengenai kewujudan jin dan keturunannya adalah kafir kerana menolak apa yang terdapat dalam al-Quran daripada nas yang jelas. Ada pendapat mengatakan iblis dan syaitan berasal daripada golongan jin yang ingkar perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. Dikatakan bahawa Jin Afrit adalah yang paling aktif dan cerdik seperti sejarah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis dari Yaman.

Makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai.” (Hadis riwayat Hakim dengan sanad sahih).

Hadis daripada Aishah diriwayatkan Muslim, mengatakan anjing hitam adalah jelmaan syaitan. Begitu juga kucing dan keldai hitam kerana warna hitam adalah himpunan kekuatan bagi syaitan dan tenaga tambahan bagi mereka.

Tetapi bukan bermakna semua anjing, kucing dan kaldai hitam adalah syaitan kerana maksud ungkapan Rasulullah adalah gambaran kepada warna yang buruk dan kurang faedahnya bagi binatang itu. (Dr Abd Wahab Abd Ati Abdullah � Rektor Universiti Al-Azhar).

Antara peranan jahat syaitan ialah:

  • Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu.” (Surah Al-Maidah, ayat 91).
  • Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan.”
  • Tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: “Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak.” (Ibnu Jauzi).
  • Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari).
  • Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah bermaksud: “Dan syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisa’, ayat 60).
  • Menyeru kepada kejahatan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 169).
  • Menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 169).
  • Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah maka syaitan adalah teman yang selalu bersamanya.” (Surah Az-Zukhruf, ayat 36).
  • Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah bermaksud: “Ada di kalangan manusia yang membantah mengenai agama Allah tanpa ilmu dan mengikut syaitan yang jahat.” (Surah Al-Haj, ayat 3).

Justeru, sesiapa yang ingkar mengenai kewujudan jin dan keturunannya adalah kafir kerana menolak apa yang terdapat dalam al-Quran daripada nas yang jelas.

Durazaman

Kewujudan jin, iblis dan syaitan sesatkan manusia wajib dipercayai « Darul Ulum online:

'via Blog this'

Kisah Nabi Adam dan Iblis Bertanya Kepada Allah

Dalam sebuah kitab, dikisahkan bahwa Nabi Adam as bertanya kepada Allah swt, “Ya Allah, Engkau benar-benar telah menguasakannya atas aku, oleh itu tidak mungkin aku dapat menolaknya melainkan dengan pertolongan Engkau.”

Lalu Allah swt berfirman, “Tidak akan dilahirkan seorang anak bagimu, melainkan aku serahkan anak itu kepada malaikat yang selalu menjaganya.”

Kemudian Nabi Adam as pun berkata lagi, “Ya Allah, tambahkanlah lagi untukku.”

Maka Allah swt kembali berfirman, “Setiap kebaikan akan dapat sepuluh kali ganda.”

Nabi Adam as berkata lagi, “Ya Allah tambahkanlah lagi untukku.”

Allah swt berfirman, “Tidak akan aku cabut taubat dari mereka(manusia) selagi nyawa-nyawa mereka masih dalam tubuh mereka.”

Nabi Adam as berkata lagi, “Ya Allah tambahkanlah lagi untukku.”

Lalu Allah swt berfirman lagi yang bermaksud, “Aku akan mengampuni mereka dan aku tak peduli.”

Nabi Adam as berkata lagi, “Sekarang cukuplah untukku.”

Kemudian iblis juga bertanya kepada Allah swt, “Ya Tuhanku, Engkau jadikan di kalangan anak cucu Adam beberapa utusan dan Engkau turunkan kepada mereka beberapa kitab. Oleh itu, siapakah yang akan menjadi utusan-utusanku?”

Allah menjawab dengan firman-Nya, “Utusanmu itu ialah tukang-tukang nujum.”

Iblis bertanya lagi, “Dan apa pula yang menjadi kitabku?”

Allah swt kembali berfirman, “Kitabmu ialah tahi lalat buatan.”

Bertanya Iblis lagi, “Ya Tuhanku, apakah yang menjadi hadisku?”

Firman Allah swt, “Hadismu ialah semua kata-kata dusta dan palsu.”

Iblis bertanya lagi, “Ya Tuhanku, apakah quranku?”

“Quranmu ialah nyanyian.” Jawab Allah swt

Iblis bertanya lagi, “Siapakah yang menjadi muazzinku?”

“Muazzinmu ialah seruling.” Jawab Allah swt

Iblis bertanya lagi, “Dan apakah yang menjadi masjidku?”

“Masjidmu ialah pasar.” Firman allah swt

Bertanya lagi Iblis, “Ya Tuhanku, apakah yang menjadi rumahku?”

Allah swt kembali berfirman, “Rumahmu ialah bilik air tempat permandian.”

Iblis bertanya lagi, “Ya Tuhanku, apakah yang menjadi makananku?”

Firman Allah swt, “Makananmu ialah makanan yang tidak disebut nama asmaku.”

Iblis bertanya lagi, “Apakah yang menjadi minumanku?”

Allah swt berfirman, “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan.”

Dan Iblis bertanya untuk terakhir kalinya kepada Allah swt., “Ya Tuhanku, apakah yang akan menjadi perangkapku?”

Kemudian Allah berfirman lagi, “Perangkapmu ialah perempuan.”

Hikmah yang bisa kita ambil dari kisah ini yaitu hendaklah kita berusaha menjauhkan diri dari perangkap-perangkap iblis. Iblis senantiasa menggoda manusia dengan perangkap-perangkapnya itu. Agar tidak terjebak dalam perangkap iblis, marilah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah swt.

Kisah Nabi Adam dan Iblis Bertanya Kepada Allah « cahya islam:

'via Blog this'

Kisah Iblis

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, yaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."
Kisah-Kisah Teladan: Kisah Iblis:

'via Blog this'

Kisah Iblis Dengan Nabi Musa

Suatu hari ketika Nabi Musa berada dalam majlisnya, tiba-tiba datang Iblis dengan baju yang dilabuhkan pada kepalanya. Apabila dekat dengan Nabi Musa , ia menanggalkan pakaiannya itu. Maka terjadilah soal-jawab di antara Nabi Musa dan Iblis. Iblis :

"Assalamu'alaka, Wahai Musa " Nabi Musa : "Siapa Kamu ?" Iblis : "Saya Iblis" Nabi Musa : "Allah SWT tidak menghormati engkau, untuk apa engkau datang ?" Iblis : "Aku datang untuk mengucapkan salam kepadamu di atas ketinggian tempat dan kedudukkanmu di sisi ALlah s.w.t. " Nabi Musa : " Bilakah apabila seseorang itu melakukan sesuatu dengan engkau dapat menghalanginya. " Iblis : " Apabila seseorang itu merasa taajjub terhadap dirinya dan ia berlaku sombong maka lupalah ia akan dosanya. " Seterusnya Iblis tersebut memberikan tiga peringatan kepada Nabi Musa a.s iaitu :- 1. Janganlah sesekali engkau berkhalwat dengan perempuan yang tidak halal bagimu. Kerana tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya melainkan aku menemaninya ( menjadi pihak ketiga ) tanpa teman-temanku yang lain sehingga aku Membuat fitnah terhadap keduanya. 2. Janganlah engkau berjanji ( bernazar ) kepada ALlah s.w.t. melainkan engkau memenuhinya. Kerana tidak berjanji seseorang kepada ALlah s.w.t. melainkan aku menemaninya tanpa teman-temanku yang lain , maka akulah yang menjadi dinding penghalang antara orang itu dengan janjinya sehingga janji itu tidak dapat ditunaikan. 3. Janganlah sekali-sekali engkau mengeluarkan sedekah melainkan apa yang engkau sayangi ( barang yang baik-baik ) kerana sesungguhnya tiadalah seorang itu mengeluarkan sedekah sedangkan dia menyayanginya melainkan aku sendirilah tanpa teman-temanku yang membuat tidak terlaksananya sedekah itu. Selepas berkata demikian , Iblis itu berpaling dan sebelum pergi ia berkata : " Celak_a! Celak_a ! Celak_a ! Musa telah pun mengetahui apa yang harus berwaspada terhadap anak keturunan Adam. " Al-Qurasyi berkata : " Aku mendengar sesungguhnya syaitan berkata kepada orang perempuan : " Engkau adalah separuh daripada tenteraku. Engkaulah anak panahku yang kugunakan untuk memanah ( manusia ). Aku tidak salah menjadikan engkau untuk mengetahui segala rahsia dan engkaulah utusan untuk menyampaikan hajatku. "

Cerita Agama @ Nur Ad'din: Kisah Iblis Dengan Nabi Musa:

'via Blog this'

Iblis Laknatullah Menemui Ajal

Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka'bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, "Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: "Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat".

Maka di jawab Allah SWT: "Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir". Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: "Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut". Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: "Tuhanku, cukup!! cukup!!"

Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: "Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut, pada mulanya Ka'abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: "Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang ramai di pasar sedang sibuk bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengarlah suarayang sangat keras di langit, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya selama tiga hari.

Bagi mereka yang tidak pengsan bingung bagaikan kambing ketakutan. Dalam keadaan hirik pikuk sedemikian, maka terdengarlah lagi satu suara gemuruh bagaikan suara halilintar yang sangat keras bunyinya, maka tidak seorangpun melainkan mati kerananya dan kesemua manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk mati, maka tiba giliran iblis laknatullah pula untuk merasainya.

Maka Allah SWT pun memerintahkan malaikat Izrail: "Aku telah menjadikan padamu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir dan Aku telah memberikan kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan kemarahan, maka turunlah dengan membawa murka dan kemarahanKu kepada si celaka dan terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanyakepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang yang terdahulu hingga terakhir dari jin dan manusia, berlipat-lipat ganda, dan hendaknya kamu membawa tujuh puluh ribu malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniyah membawa rantai dari neraka Ladha, dan cabutlah dengan tujuh puluh ribu bantolan dari neraka Ladha, dan beritakan pada malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka".

Maka turunlah malaikat Izrail dengan bentuk yang sangat mengerikan, sehingga andai kata seluruh penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk yang mengerikan itu niscaya akan cair kesemuanya kerana tersangat ngeri akan keadaan bentuknya, maka apabila sampai kepada iblis laknatullah dan dibentaknya sekali sahaja, langsung ia pengsan dan berdengkur dan andaikan dengkur itu dapat didengari oleh penduduk timurhingga barat, niscaya pengsanlah kesemuanya.

Setelah sedar iblis laknatullah, lalu malaikat Izrail pun membentak iblis laknatullah sekali lagi: "Berhentilah hai penjahat!!!, kini aku rasakan padamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah engkau sesatkan dalam beberapa abad yang engkau hidup, dan hari inilah hari yang ditentukan oleh Tuhan bagimu, maka ke manakah engkau akan lari!!"

Maka larilah iblis laknatullah lari ketakutan ke hujung timur, tiba-tiba malaikat Izrail muncul di hadapannya. Lalu iblis laknatullah pun menyelam ke dalam laut, namun malaikat Izrail tetap muncul di hadapannya, lantas ia dilemparkan oleh laut, maka ia berlari keliling bumi, namun tetap tidak ada tempat untuknya berlindung. Kemudian iblis laknatullah berdiri di tengah dunia di kubur nabi Adam AS sambil berkata: "keranamu aku telah menjadi celaka, duhai sekiranya aku tidak dijadikan". Lalu ia bertanya pada malaikat Izrail: "Minuman apakah yang akan kau berikan padaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?"

Malaikat Izrail pun menjawab: "Dengan minuman dari dari neraka Ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda", maka bergulingan iblis laknatullah di tanah sambil menjerit sekeras suaranya, kemudian berlari ketakutan dari barat ke timur dan patah balik dari timur ke barat dan sampai ke tempat mula-mula ia diturunkan ke muka bumi ini.

Maka malaikat Zabaniyah AS pun menghadang iblis laknatullah dengan bantolan-bantolan dari neraka Ladha. Bumi ini bagaikan bara api, sedang iblis laknatullah dikerumuni oleh malaikat Zabaniyah dan menikamnya dengan bantolan-bantolan dari neraka itu.

Tatkala iblis laknatullah mula merasai sakratul maut maka dipanggil nabi Adam AS dan Siti Hawa untuk melihat keadaan iblis laknatullah itu, maka bangkitlah keduanya untuk menyaksikannya. Sesudah melihat, maka keduanya berdoa: "Ya Tuhan kami, sungguh engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami".

Wallahu'alam.
Kisah Sepanjang Zaman: Iblis Laknatullah Menemui Ajal:

'via Blog this'

Iblis Laknatullah Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut

Syaitan laknatullah dan iblis laknatullah akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis laknatullah mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW menerangkan: Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."

Rombongan 1 - Akan datang iblis laknatullah dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis laknatullah itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2 - Akan datang iblis laknatullah kepada orang yang di dalam Sakaratul Maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, harimau, singa, ular dan kala yang berbisa. Maka apabila yang sedang didalam Sakaratul Maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3 - Akan datang iblis laknatullah mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4 - Akan datang iblis laknatullah merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam Sakaratul Maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5 - Akan datang iblis laknatullah merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh iblis laknatullah, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6 - Akan datanglah iblis laknatullah merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula iblis laknatullah yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang yang sedang dalam Sakaratul Maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak iblis laknatullah: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam Sakaratul Maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh iblis laknatullah bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam Sakaratul Maut). Kemudian orang yang sedang dalam Sakaratul Maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis laknatullah merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam Sakaratul Maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata iblis laknatullah: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah." Berkata orang yang dalam Sakaratul Maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Izrail pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7 - Rombongan iblis laknatullah yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa iblis laknatullah itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia Sakaratul Maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa ilaaha illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan iblis laknatullah dan syaitan laknatullah yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam Sakaratul Maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa ilaaha illallah."

Wallahu'alam.
Kisah Sepanjang Zaman: Iblis Laknatullah Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut:

'via Blog this'

Kisah Iblis Laknatullah dengan Ahli Neraka

Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis laknatullah itu dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada iblis laknatullah: "Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka." Setelah iblis laknatullah menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu iblis laknatullah .

Kata iblis laknatullah : "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'iir."

Berkata iblis laknatullah lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat."

Berkata iblis laknatullah lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?"

Akhirnya iblis laknatullah berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam."

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata iblis laknatullah itu maka mereka melaknati iblis itu. Setelah itu iblis laknatullah dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya."

Wallahu'alam.

Kisah Sepanjang Zaman: Kisah Iblis Laknatullah dengan Ahli Neraka:

'via Blog this'

Raja Iblis Bernama Azazil

Iblis bapa penderhaka, namanya Azazil dan anak cucunya disebut dengan Iblis. Dia dari kuntum-kuntum jin diciptakan kejadiannya dari api. Tugasnya adalah menggoda manusia, menyesat dan melalaikan. Dia menyerang manusia dari segenap penjuru, depan, belakang, kiri dan kanan supaya manusia tidak bersyukur kepada Allah s.w.t dan mengingkari hukum-hukum Allah, mengerjakan maksiat, membuat dosa dan menundukkan kepada hawa nafsu yang buruk yang selalu membisikkan dalam hati orang yang lemah untuk memesongkan orang-orang yang beriman mempercayai terhadap keesaan Allah s.w.t.
Umur anak cucunya sangat panjang, sesuai dengan permohonan di masa ia membantah dan mengingkari perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. Maka Allah telah memperkenankan permohonannya. Tujuan Iblis dengan permohonan itu supaya merancang jangka panjang untuk memperdayakan semua manusia, kerana itu Iblis dan syaitan tidak akan mati melainkan masa tiupan sangkakala yang pertama, menandakan hari Qiamat...
Rencana Semasa: Raja Iblis Bernama Azazil:

'via Blog this'

Bab 4. Azazil Menjadi Iblis : Makhluk Yang Memutuskan Diri Dari Rahmat

Secara kebahasaan nama Iblis merujuk pada penyifatan yang sesuai dengan karakter yang merujuk kepada keadaan yang menunjukkan keputus asaan atau hilangnya harapan, sedangkan Setan merujuk kepada penyifatan api. Nama Iblis merupakan kata yang berasal dari bahasa Arab. Menurut kamusLisan al’Arab, karya Abu al-Fadhl Jamal ad-Din Muhammad bin Mukarram bin Manzhur, bahwa :

Kata dasar : balasa atau ablasa (leduanya merupakan kata kerja masa lalu) dari rahmat Allah : dia kehilangan segala harapan untuk mendapatkan rahmat Allah, dan dia menyesal, karena itulah di Iblis, sebuah nama yang diberikan kepada Azazil (nama aslinya).

Iblis adalah kata benda yang digunakan sebagai kata sifat yang menunjukkan atribut atau kualitas kata benda. Sedangkan Setan adalah kata sifat yang digunakan sebagai kata benda. Asal usul arabnya adalah syaithan, seseorang yang marah besar, yang terbakar api murka; syiyath yang artinya terbakar.

Dalam pengertian yang lebih luas, Setan dapat juga dimaksudkan sebagai suatu penyifatan yang mempunyai makna seperti yang disebut sebagai nafs ammarah sebagai nafsu yang menyuruh kepada kejahatan atau sebagai suatu keadaan jiwa dimana terjadi kondisi semakin meningkatnya hasrat, memuncaknya kemauan atau ego, atau semacamnya yang mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi penalaran manusia ke dalam kondisi yang tidak terkendalikan. Kondisi demikian digambarkan di dalam al-Qur’an dengan firman Allah berikut,

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan,… (QS 12:53)

…dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. (QS 114:4-5)

» Bab 4. Azazil Menjadi Iblis : Makhluk Yang Memutuskan Diri Dari Rahmat:

'via Blog this'

Sujud kecuali iblis Azazil

Al-Hijr [32] Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?.[33] Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat.

Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.

Al-Hijr [27] Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

Azazil bukanlah malaikat, cuma ia bergaul dengan para malaikat. Malaikat tidak menderhaka kepada arahan Allah:

At-Tahrim[6]….mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNyakepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Keengganan sujud Ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

Azazil asalnya kuat beribadat sehingga ia mencapai kedudukan yang tinggi disisi Allah. Ia juga bergaul dengan para malaikat. Malaikat-malaikat lain selalu meminta Azazil supaya berdoa agar mereka diselamatkan dari api neraka. Azazil selalu berdoa untuk malaikat-malaikat yang lain tetapi lupa untuk berdoa untuk dirinya sendiri. Kerana itulah Nabi suruh kita doa untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum orang lain.

Sujud dua kali dalam sembahyang itu berasal dari perbuatan yang dilakukan oleh malaikat yang diperintahkan sujud kepada Nabi Adam. Melihatkan Azazil tidak sujud (setelah malaikat mengangkat kepala dari sujudnya yang pertama), mereka sujud sekali lagi sebagai tanda syukur mereka boleh patuh pada arahan Allah.

Sujud kecuali iblis Azazil « Nasbun Nurain:

'via Blog this'

Kisah Pembangkangan Iblis Azazil

Dikisahkan tatkala nabi Adam a.s. sudah di arak mengelilingi langit, kemudian diarak pula menuju bumi. Di bumi, pada waktu itu terdapat para Malaikat bersama iblis. Allah SWT memerintahkan kepada para Malaikat dan iblis untuk bersujud hormat, " Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para Malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam, ' maka sujudlah mereka kecuali Iblis (QS.Albaqorah ayat 34). Para Malaikat yang melihat Iblis tidak bersujud, bergumam di dalam hatinya: "Siapa yang telah tidak mau bersujud, itulah iblis, dan ialah (akan) menjadi iblis."

Para Malaikat sekali lagi bersujud, sujud syukur kali ini, yaitu memuji karunia Tuhan terhadap Nabi Adam a.s. Para malaikat akan selalu menjunjung tinggi dan menuruti segala apa yang di firmankan-Nya, serta tidak akan mengikuti segala apa yang tidak diperintahkannya. Oleh karena itu, para malaikat hingga kini selalu taat terhadap perintah Allah SWT. Perilaku Iblis yang tidak menuruti perintah Allah SWT menjadi pertanyaan Allah SWT, "Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku? (QS.38:75). Jawab Iblis, " Aku lebih baik darinya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia( Adam) Engkau ciptakan dari tanah".(QS.38 :76).

Hai Iblis, keluarlah engkau di bawah langit-Ku dan dari atas bumi-Ku, dan keluarlah engkau dari rupa malaikat-Ku, masuklah engkau pada rupa iblis, dan engkau kaku tiada berkesudahan." Maka Azazil pun berubah menjadi rupa iblis. Matanya menjadi menonjol keluar.Allah SWT menghardiknya," Ikrarkanlah terhadap diri engkau ,hai iblis!". Iblis menyanggupinya. Lalu berucap : "Karena Adamlah maka aku Engkau murkai, dan nikmat dari-Mu Engkau ambil dari hamba-Mu, ya Tuhanku,perkenankan pinta hamba-Mu, maka beranilah hamba-Mu datang sembah ke hadirat-Mu, ya Tuhanku". Jawab Allah SWT, " Telah- Ku perkenankan pintamu itu.Berdatang sembahlah engkau ,hai iblis."
Iblis menjawab, " Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka."( QS.38:82 sampai 83).

Allah berfirman : " Maka yang benar ( adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan".(QS.38 : 84) dan " Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya. (QS 38 :84)
Sejak kejadian itu, dendam mulai merasuki hati Iblis terhadap nabi Adam a.s dan anak cucunya. Iblis berupaya dengan segala cara untuk menyesatkan mereka semua. Dan itulah pekerjaan tetapnya hinga hari kiamat datang.ALLAHUAKBAR: Kisah Pembangkangan Iblis Azazil:

'via Blog this'