Sunday 2 October 2011

Keimanan benteng kukuh hindar diri daripada syaitan


Oleh Lokman Ismail

2011/09/29

SYAITAN ialah musuh manusia sepanjang hayat. Peringatan ini dinyatakan Allah dalam al-Quran mendedahkan sumpah syaitan ingin memperdayakan manusia supaya dimasukkan bersama ke dalam neraka.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka.” (Surah Fathir, ayat 6)
Syaitan tidak menetapkan siapa menjadi musuhnya dan tidak seorangpun terlepas daripada digoda syaitan. Hanya mereka memiliki tahap ketakwaan dan keimanan tinggi sukar dipengaruhi oleh syaitan.
Untuk menghasut manusia yang memang sudah berperangai seperti syaitan, maka syaitan yang ditugaskan adalah yang berkedudukan rendah. Tugas itu mudah kerana dengan sedikit bisikan, manusia mudah terpengaruh. Malah, perbuatan jahat sudah jadi kebiasaan.

Syaitan bijak menjalankan niat jahat malah syaitan diberi kelebihan oleh Allah dapat hidup lama. Jadi, syaitan mempunyai pengalaman luas menyesatkan manusia sejak dari satu generasi ke satu generasi.

Namun, manusia beriman tidak mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan selagi berpegang kepada al-Quran dan hadis. Biar apapun tipu daya dilakukan syaitan, keimanan menjadi benteng yang kukuh menghindarkan diri menjadi hamba syaitan.

Sesungguhnya tidak ada kebaikan yang diperoleh daripada janji syaitan yang membawa kesesatan dan keburukan. Bagaimana janji syaitan dapat membawa kepada kebaikan, sedangkan syaitan itu sendiri sudah sesat dan dijanjikan pembalasan pedih di akhirat nanti.
Allah berfirman yang bermaksud: “Syaitan itu memberi janji dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain tipu daya belaka.” (Surah an-Nisa, ayat 120)

Antara tipu daya syaitan paling berkesan ialah usia. Syaitan berjaya mempengaruhi kebanyakan orang muda untuk melakukan perbuatan ditegah. Faktor usia dan kecetekan pengalaman hidup menjadikan golongan muda mudah terpengaruh hasutan syaitan.

Syaitan mempengaruhi golongan muda melakukan perkara menyeronokkan berbentuk maksiat, melalaikan dan kebebasan menjadi ikutan golongan muda. Alasannya, usia muda hanya sekali dan rugi jika melepaskan peluang itu.

Masa muda sepatutnya diisi dengan menuntut ilmu dan mempersiapkan diri menghadapi alam dewasa penuh cabaran. Masa depan negara dan ummah bergantung kepada golongan muda hari ini. Jika rosak golongan muda hari ini, maka hancurlah negara pada masa depan.

Golongan muda perlu ditarbiah dan dibina jati diri supaya terhindar pengaruh syaitan. Ketika muda inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk menuntut ilmu, mempersiapkan diri dengan kemahiran dan membina kekuatan diri.

Mereka yang terpengaruh ajakan syaitan hendaklah sedia bertaubat dan berusaha mengelak daripada terjebak hasutan dengan melakukan suruhan Allah. Malang bagi mereka yang terus lalai dan dilembutkan hatinya menurut ajakan syaitan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sesat yang sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisa, ayat 60)
Berita Harian Online | Keimanan benteng kukuh hindar diri daripada syaitan:

'via Blog this'

Niat Sebenar Syaitan

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki buta yang amat rajin bersolat di masjid. Bagi memudahkannya berulang alik, dia mengikat seutas tali menghubungkan rumah dengan masjid berkenaan. Berpandukan tali itulah ,dia berjalan setiap hari untuk solat berjemaah. Jarak di antara rumah lelaki buta dengan masjid tidaklah seberapa jauh, namun masalahnya ialah di pertengahan jalan terdapat sebuah lubang besar yang dipenuhi air.

Suatu hari, lelaki buta itu terjatuh ke dalam lubang tersebut. Bajunya habis basah. Kesian, dia terpaksa patah balik untuk menukar pakaian kepada yang kering dan bersih, kemudian menyusur semula tali menuju ke masjid. Malangnya ketika melintasi lubang itu buat kali kedua, lelaki buta itu terjatuh lagi. Bersusah payah dia pulang ke rumah dan menukar pakaian, seterusnya berjalan menuju ke masjid untuk kali yang ketiga. Sudah nasibnya, ketika melintasi lubang besar, dia tergelincir lagi. Lelaki buta itu terhuyung hayang tapi anehnya, belum sempat tubuhnya terhumban ke dalam lubang, seseorang datang menghulurkan tangan.Orang itu menahan tubuhnya daripada jatuh dan kemudian memimpin tangan lelaki itu menuju ke masjid.

Berulang kali lelaki itu mengucapkan terima kasih. “Bolehkah tuan beritahu saya siapakah tuan yang sebenarnya ?” soal lelaki buta ketika mereka sampai di perkarangan masjid. “Aku adalah syaitan !” jawab orang yang tak dikenali tadi. “Syaitan?”Lelaki buta itu terkejut. “Ta…ta…tapi kenapa engkau menolong aku sedangkan aku hendak ke masjid untuk bersolat, menyembah ALLAH YANG MAHA ESA ?”

evil Niat Sebenar Syaitan

Jawab syaitan, “Aku menolongmu sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu ALLAH ampunkan.Semasa engkau terjatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu pula diampunkan dan jika aku membiarkan engkau jatuh kali ketiga, maka seluruh dosa umat ISLAM akan terampun. Sebab itu, akumenolongmu !”

Niat Sebenar Syaitan:

'via Blog this'

Dialog Syaitan Gemuk Dan Syaitan Kurus

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dengan syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk dan berpakaian manakala syaitan orang mukmin kurus, kotor dan bertelanjang. Lantas syaitan si kafir bertanya : "Hai syaitan orang mukmin, mengapa engkau kurus?" Jawab syaitan orang mukmin : "Aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama Allah, hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum dia juga menyebut nama Allah sehingga aku selalu kehausan. Kalau dia berpakaian selalu menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang dan sewaktu bersolek dia selalu menyebut nama Allah hingga aku tetap kusut masai." Lantas berkata syaitan orang kafir: "Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama Allah dalam semua perbuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan, minum dan berpakaian." Dalam hal ini jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar daripada hawa nafsu dan sifat tercela. Jika syaitan datang kepada seseorang, bukan disebabkan syahwat tetapi kerana terlupa berzikir kepada Allah. Apabila hati ingat kembali kepada Allah, maka mundurlah syaitan laknat itu.


Source:http://ms.shvoong.com/humanities/1801333-dialog-syaitan-gemuk-dan-syaitan/#ixzz1ZdlobAvV
Dialog Syaitan Gemuk Dan Syaitan Kurus:

'via Blog this'

jenis - jenis Syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerint ah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-b erai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbang an menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbul kan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
jenis - jenis Syaitan:

'via Blog this'