Wednesday 28 September 2011

Kisah Benar - Diganggu Iblis





HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.

"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.
Kisah Benar - Diganggu Iblis | Beliafun Blogging 2010 - 2011:

'via Blog this'

Kisah Benar SMS Dari Iblis



Kisah benar pengamal perubatan Islam di Gombak, Hj Lokman. Ikuti cerita seterusnya


Dalam tahun 2008, saya pernah mengubati seorang pesakit. Di dalam coretan ini saya namakan sebagai Pesakit A. Pesakit A sudah berumahtangga. Pesakit A ini telah lama menghidapi penyakit misteri, di mana kadang kala datang beberapa ekor iblis yang akan masuk ke dalam badan Pesakit A ini dan menguasai diri pesakit. Semasa iblis menguasai pesakit itu, dia tidak akan sedar tetapi pesakit itu boleh membuat kerja seharian seperti memandu kereta, bertugas di tempat kerja, menjaga anak di rumah, bercakap di talipon dan sebagainya termasuklah menghantar dan membalas SMS. Iblis yang memasuki badan Pesakit A boleh membuat semua kerja-kerja harian pesakit itu tapi pesakit itu tidak menyedarinya. Sukar untuk dipercayai tapi ia boleh berlaku.


Satu hari di bulan November 2008, pesakit A ini membuat temujanji untuk datang ke klinik saya bersama isterinya dan dia juga bercadang untuk turut membawa ibunya untuk berubat di klinik saya. Ibu Pesakit A ini tinggal di tempat lain dan pada malam itu ibu pesakit A ini akan dibawa oleh kakak Pesakit A. Temujanji telah dibuat dengan saya agar Pesakit A serta ibunya akan datang ke klinik saya selepas waktu isyak pada jam 9 malam. Mereka bercadang untuk datang berasingan. Pesakit A akan datang dari rumah dia bersama isterinya menaiki kereta Pesakit A. Kakak Pesakit A pula akan menghantar ibu Pesakit A ke klinik saya dengan menaiki kereta dia sendiri.


Malam itu saya menunggu kedatangan Pesakit A dan Ibu Pesakit A sehinggalah jam 12.30 malam. Berulang-kali saya menalipon Pesakit A dan juga isteri Pesakit A untuk bertanya samada mereka akan datang atau tidak, tetapi panggilan talipon saya tidak diangkat. Selain daripada menalipon, saya juga menghantar sms kepada talipon bimbit Pesakit A dan talipon bimbit isteri Pesakit A tetapi tidak ada jawapan dari kedua-duanya. Kakak Pesakit A pun tidak sampai dan saya tidak mempunyai nombor taliponnya untuk dihubungi.


Keadaan ini memang pelik kerana kebiasaannya, Pesakit A akan membalas panggilan talipon saya.
Tiba-tiba jam12.45 malam, saya terima sms daripada talipon bimbit Pesakit A. Rupa-rupanya iblis telah menguasai diri dan badan Pesakit A awal-awal lagi dan melalui Pesakit A, iblis itu telah menghantar sms kepada saya. Di bawah ini saya tuliskan sms yang saya terima dari iblis tersebut pada malam itu:


SMS DARI IBLIS YANG PERTAMA :
“Manusia busuk, aku telah berhasil menghalang mereka semua datang kerumah mu. Aku bikin pingsan kakaknya yang membawa ibunya di jalanan. Dan isterinya telah ku menterai agar menjadi capek pegel dan tidak lagi mampu untuk menggagahkan diri bangkit menentang aku dengan ancaman ayat ayat yang diturunkan oleh penguasa petala langit dan bumi. Hingga ke saat ini isterinya tidak lagi mampu untuk membuka matanya yang telah aku menterai agar tidak mampu mengancamku. Aku akan berusaha keras supaya kau capek dan bosan untuk ikut campur dalam segala apa yang telah aku usahakan dan menghadapi permainan ini. Kau nantikan saja hasilnya nanti samada kau atau aku yang akan undur dan aku akan pastikan kau dan kawan dia seorang lagi tu akan jauh dari keluarga ini. Kau belum mengenal aku dengan begitu dalam sekali.”


JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Iblis! Aku cabar kau iblis datang ke rumah aku malam ini. Dengan pertolongan Allah , aku akan musnahkan kau Iblis!”


SMS DARI IBLIS YANG KEDUA :
“Lancang mulutmu. Aku sedikit pun tidak gentar padamu. Patuhi lah peringatanku dan jangan ikut campur merawat dia dan keluarganya”.


JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Iblis, kalau kau berani dan gagah, kau jawab bila aku talipon kau!”


SMS DARI IBLIS YANG KETIGA :
“Omong kosong, sebelum ini aku berdiam diri kerna aku ingin mengenal hatimu yang macam apa dan atas dasar apa kau membantu dia sekeras kerasnya. Aku tidak akan izinkan kau berbicara dengan dia dari semalam hingga kesaat ini dan seterusnya. Kau tidak akan tahu ketahui rencana permainanku. Kau harus memberi peringatan kepada isteri mu supaya jangan pernah lagi mendekati atau berhubungan dengan isteri dia. Aku tidak akan mengizinkan. Andai engkau tidak tunduk pada perintahku, makanya aku akan terus terusan menyiksa dia dan keluarganya. Aku akan kembalikan isterinya kepada ibunya.”


SMS DARI IBLIS YANG KE EMPAT :
“Engkau jangan ikut campur urusanku. Guruku telah mengetahui segalanya. Kau tidak akan bisa menewaskan kesaktian guruku. Aku mendapat perintah dari guruku supaya memberikan kau peringatan keras makanya jangan kau cobak untuk menentang guru jika kau tidak mahu hidupmu diancam.”


JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Engkau dan guru kau pergi jahanam! Dengan keizinan Allah, akan aku hancurkan engkau dan guru engkau!”


SMS DARI IBLIS YANG KE LIMA :
“Lancang mulut mu. Perguruan gerondong durjana tidak gampang untuk mampus dengan ancaman kalian yang mampus itu bukan dari kumpulan guru tapi dari kumpulan tolol kerana gurunya telah mampus dan mereka tidak dapat petunjuk.”


Begitulah dialog sms saya dengan iblis tersebut yang terdapat di dalam Pesakit A pada malam itu. Pada keesokan harinya, saya mendapat panggilan talipon dari Pesakit A yang memohon maaf sebab tidak dapat datang ke klinik saya pada malam tadi. Pesakit A memberitahu saya yang dia, isteri dan anak dia telah tertidur dari selepas magrib malam tadi sehinggalah ke pagi hari. Pesakit A juga memberitahu bahawa kakaknya yang hendak membawa ibunya ke klinik saya pada malam tadi, telah pengsan semasa memandu kereta dalam perjalanan ke klinik saya. Nasib baik kereta yang dipandu dapat diberhentikan di tepi jalan raya di bawah sebuah jejambat. Ibu Pesakit A dapat menalipon abang Pesakit A untuk memberitahu hal yang telah berlaku. Abang Pesakit A datang mencari mereka dan berjaya menemui tempat di mana kereta itu berhenti dan membawa mereka pulang ke rumah mereka.


Jadi apa yang diberitahu oleh iblis di dalam sms yang diterima pada jam 12.45 malam tadi adalah benar-benar berlaku. Kejadian yang berlaku telah dirancang terlebih dahulu oleh iblis agar Pesakit A, isteri , ibu dan kakaknya gagal untuk datang ke klinik saya pada malam itu. Iblis menggunakan badan Pesakit A pada malam itu untuk berkomunikasi dengan saya melalui sms talipon bimbit Pesakit A. Tetapi yang anehnya, selepas iblis menghantar semua sms melalui talipon bimbit Pesakit A, semua pesanan sms yang dihantar kepada saya atau diterima dari saya telah dipadamkan dari talipon bimbit itu oleh iblis itu. Bila saya tanya Pesakit A pada keesokan hari berkenaan pesanan sms tersebut, Pesakit A langsung tidak mengetahui tentang pesanan sms berkenaan dan salinan sms itu tidak ada di dalam talipon bimbit dia.


Kisah yang saya ceritakan di atas adalah kisah benar dan pengajaran yang hendak saya sampaikan di sini adalah berkenaan pengaruh jahat dan dasyatnya kuasa iblis dan syaitan. Iblis boleh mendorong kita untuk membuat apa sahaja tetapi yang boleh melawan pengaruh iblis itu adalah iman dan akal fikiran kita. Tuhan memberi kita otak dan akal fikiran untuk kita fikir apa yang baik dan apa yang tidak baik. Sekiranya iman kita kuat dan kita patuh akan perintah Allah SAW, insyaAllah kita kita dipelihara daripada pengaruh iblis dan syaitan. Walau bagaimanapun kita jangan “under estimate” apa yang iblis boleh lakukan kepada kita.


Saya percaya banyak kes-kes pelik dan kes-kes misteri yang berlaku seperti kes pembunuhan beberapa beberapa orang ahli keluarga di Negeri Sembilan baru-baru ini adalah kerana pengaruh iblis. Olek kerana orang yang siuman tidak akan melakukan pembunuhan sedasyat itu. Iblis dan syaitan adalah musuh kita dan iblis telah berjanji akan menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat. Tetapi kadangkala bukan iblis yang boleh mendorong kita membuat maksiat dan dosa, tapi nafsu dalam diri boleh mempengaruh kita membuat benda-benda yang tidak baik. Mengawal nafsu adalah salah satu dari dugaan kita.


Hj. Lokman Kisah Benar SMS Dari Iblis:

'via Blog this'

Kisah Suami Alim Melawan Iblis


Pada mulanya suami isteri itu hidup tenteram. Meskipun miskin, mereka tetap taat kepada perintah Allah. Segala hal yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim, taqwa dan tawakkal. Tetapi beberap hari ini isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segalanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mau mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan ia melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik!" dalam pikiran lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain kepada Allah." Maka cepat-cepat dia pulang. Isterinya heran, mengapa secepat itu suaminya pulang. Lebih heran lagi ketika dilihat suaminya mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keledainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai manusia.

"Hai, mau ke mana kamu?" tanya si iblis.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mau menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang pohon syirik itu."
"Kamu tidak ada hubungan apa-apa dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja."
"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.

"Akan saya teruskan!"
Karena masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbedaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah dapat dikalahkan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakitan dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sholat Subuh, di bawah sajadah sholat Tuan saya sediakan uang emas empat dinar. Pulang saja sekarang, jangan teruskan niat Tuan itu."

Mendengar janji iblis dengan uang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringat keinginan isterinya yang berharap hidup berkecukupan. Ia teringat akan keluuhan istrinya setiap hati. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Hilanglah niat semula untuk memberantas kemungkaran.

Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sholat, dibukanya sajadah sholatnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar uang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka sajadah sholat, masih didapatinya uang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah sajadah sholatnya tidak ada apa-apa lagi kecuali tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah karena uang yang kemarin sudah dihabiskan.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khawatir, besok mungkin kita akan mendapatkan delapan dinar sekaligus."
Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sholat dibuka sajadahnya dan ternyata kosong.
"Kurang ajar. Penipu!" teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.
Maka segera ia mengeluarkan keledainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keledainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Matanya menyorot tajam, "Mau ke mana kamu?" hardiknya mengagetkan.

"Mau menebang pohon" jawab si alim dengan gagah berani.
"Berhenti, jangan lanjutkan."
"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh heran, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh menang, karena waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andai kata kukumpulkan seluruh tentaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya karena tidak ada uang di bawah sajadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kekuatanmu, tidak mungkin kamu mampu mengalahkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas karena Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sadar bahwa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan karena Allah, dan ia sadar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain kesia-siaan. Sebab tujuannya adalah karena harta benda, tidak karena Allah dan agama. Bukankah berarti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata?
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ
"Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia rubah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya, jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemahnya iman."[HR. Muslim dalam Al-Iman (49)]
Kisah Suami Alim Melawan Iblis | Hendriono Online:

'via Blog this'

Talbis Iblis terhadap Para Ulama



Di antara manusia ada yang memiliki hasrat dan semangat yang tinggi, sehingga mereka bisa mendalami berbagai cabang ilmu syariat, berupa ilmu Al-Qur`an, hadits, fiqih dan sastra. Lalu Iblis mendatangi mereka dengan talbis-nya yang lembut, sambil membisikkan kesombongan kepada mereka, karena mereka bisa mendalami berbagai macam ilmu dan bisa mengulurkan manfaat kepada orang lain. Di antara mereka ada yang tidak pernah bosan menggali ilmu dan merasakan kenikmatan dalam penggalian ini, yang tentu saja karena bisikan Iblis. Iblis bertanya kepadanya, Sampai kapan engkau merasa letih melakukan semua ini? Tenangkan badanmu dalam memikul beban ini dan lapangkan hatimu dalam menikmati ilmu. Karena jika engkau melakukan kesalahan, maka ilmu dapat membebaskan dirimu dari hukuman. Lalu Iblis membisikinya tentang kelebihan yang dimiliki para ulama. Jika seseorang terkecoh dan menerima bisikan serta talbis Iblis ini, maka dia akan celaka.
Jika setuju, maka dia dapat berkata, Jawaban atas pernyataanmu dapat ditinjau dari tiga sisi:

l. Memang para ulama diutamakan karena ilmu. Namun andaikan tidak ada amal, maka ilmu itu tidak ada artinya apa-apa. Jika aku tidak mengamalkannya, berarti aku sama dengan orang yang tidak mengerti maksudnya, hingga keadaan diriku tak ubahnya orang yang mengumpulkan makanan dan memberikan makanan itu kepada orang-orang yang kelaparan, tapi dia sendiri tidak makan dan tidak mempergunakan makanan itu untuk menghilangkan rasa laparnya.

2. Dapat menyanggahnya dengan celaan yang ditujukan kepada orang yang tidak mengamalkan ilmu, seperti kisah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam tentang seseorang yang dilemparkan ke dalam neraka, lalu ususnya terburai, seraya berkata, Dulu aku menyuruh kepada yang ma`ruf namun aku justru tidak melaksanakannya, dan aku mencegah dari yang` mungkar, namun justru aku melaksanakannya. (Diriwayatkan Al-Bukhary dan Muslim).

Abud-Darda` Radhiyallahu Anhu berkata, Celaka bagi orang yang tidak berilmu (sekali), dan kecelakaan bagi orang yang berilmu namun tidak beramal (tujuh kali).

3. Menyebutkan hukuman bagi orang-orang yang berilmu, karena tidak mau mengamalkan ilmunya, seperti Iblis dan lain-lainnya. Celaan terhadap orang yang berilmu namun tidak beramal adalah dengan firman Allah,
Seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. (Al-Jumu`ah: 5).

Iblis memperdayai orang-orang yang mendalami ilmu dan juga beramal dari sisi lain. Iblis membaguskan di hadapan mereka sikap sombong karena ilmu, dengki terhadap saingan, riya` dalam mencari kedudukan. Kadang-kadang Iblis menunjukkan kepada mereka, bahwa yang demikian itu termasuk hak yang wajib mereka lakukan. Jika tidak melakukannya, justru mereka melakukan suatu kesalahan.

Jalan keluar bagi siapa yang enggan melihat dosa takabur, dengki dan riya`, bahwa iimu tidak bisa menghalangi akibat dari hal-hal itu, bahkan hukumannya berlipat karena kelipatan hujjah hukuman itu. Siapa yang melihat sirah para ulama salaf yang juga aktif beramal, tentu akan memandang hina dirinya sendiri dan tidak berani takabur. Siapa yang mengetahui Allah, tentu tidak akan berbuat riya`, dan siapa yang memperhatikan takdir Allah yang ditetapkan menurut kehendak-Nya, maka dia tidak akan berani mendengki.

Iblis menyusup ke dalam diri mereka sambil membawa syubhat dengan cara yang pintar, seraya berkata, Yang kalian cari adalah ketinggian kedudukan dan bukan takabur, karena kalian adalah para pembawa syariat. Yang kalian cari adalah kemuliaan agama dan memberantas ahli bid`ah. Jika kalian membicarakan orang-orang yang dengki, akan menimbulkan kemarahan terhadap syariat. Sebab para pendengki itu suka mencela siapa pun yang menghadapi mereka. Jadi apa yang kalian kira sebagai riya`, sama sekali bukan riya`. Sebab siapa pun di antara kalian akan menjadi panutan, sekalipun dia hanya berpura-pura khusyu` dan pura-pura menangis, sebagaimana dokter yang menjadi panutan orang yang sakit.

Talbis Iblis ini baru terungkap, jika ada seseorang di antara mereka yang bersikap sombong kepada yang lain atau menampakkan kedengkian kepadanya, maka ulama itu tidak marah kepadanya seperti kemarahannya jika kesombongan atau kedengkian itu tertuju kepada dirinya, sekalipun mereka semua termasuk dalam jajaran ulama.

Iblis juga memperdayai orang-orang yang menekuni ilmu, sehingga mereka senantiasa berjaga pada malam hari dan tekun pada siang hari dalam menyusun kitab. Iblis membisikkan kepada mereka bahwa maksud perbuatan ini ialah menyebarkan agama. Padahal maksud mereka yang sesungguhnya adalah agar namanya terkenal dan statusnya sebagai penulis menjadi tenar. Talbis Iblis ini tersingkap, tatkala orang-orang memanfaatkan karangannya dan membacanya, sementara karangan orang lain tidak dibaca, maka dia merasa senang, sekalipun memang tujuannya untuk menyebarkan ilmu. Di antara orang salaf ada yang berkata, Apa pun ilmu yang kumiliki, lalu ada yang memanfaatkannya, sekalipun tanpa menisbatkannya kepada diriku, maka aku merasa senang.

Di antaranya ada yang merasa senang karena banyak pengikutnya. Iblis menciptakan talbis, bahwa kesenangan ini karena banyaknya orang yang mencari ilmu. Padahal dia senang karena banyak yang menyebut nama dirinya. Dia merasa ujub karena perkataan dan i1mu mereka yang ditimba darinya. Talbis Iblis ini tersingkap, ketika ada di antara mereka yang memisahkan diri darinya lalu bergabung dengan ulama lain yang lebih tenar darinya, maka dia merasa berat hati. Yang demikian ini bukan merupakan sifat orang-orang yang tulus dalam mengajarkan ilmu. Perumpamaan orang yang tulus dalam mengajar ialah seperti para dokter yang mengobati beberapa pasien karena Allah. Jika sebagian pasien itu ada yang sembuh, maka yang lain merasa senang.

Ada para ulama yang selamat dari talbis Iblis yang nyata. Tapi Iblis tetap mendatangi mereka dengan talbis-nya yang tersembunyi, seraya berkata kepadanya, Aku tidak pernah bertemu seseorang seperti dirimu. Jika ulama itu senang dengan ucapan semacam ini, maka dia telah melakukan kesalahan karena ujub. Jika tidak, berarti dia telah selamat.

As-Sary As-Sagathy berkata, Andaikan seseorang memasuki sebuah kebun yang di dalamnya ada semua pepohonan yang diciptakan Allah, ada semua burung yang diciptakan Allah, lalu makhluk-makhluk itu berkata kepadanya dengan bahasanya masing-masing, Wahai wali Allah`, lalu dia merasa senang mendengarnya, maka dia menjadi tawanan di tangan makhluk-makhluk itu.

Dikutip dari Talbis Iblis karya Ibnul Jauzy, Edisi terjemahan Perangkan Syetan Penerbit Pustaka Al-Kautsar. Talbis Iblis terhadap Para Ulama:

'via Blog this'

Talbis Iblis dalam Ibadah



Ada antara manusia yang diperdaya oleh syaitan dengan masalah niat dengan berucap, " Aku berniat menghilangkan hadas." Lalu berkata, "Untuk sahnya solat." Lalu berkata lagi "Aku berniat menghilangkan hadas. Ini juga berlaku dalam solat. Bukanlah satu yang pelik untuk kita melihat orang yang asyik sibuk membetulkan bacaan 'Usollinya' sehingga diluang beberapa kali. Manusia itu mengangkat takbir beberapa kali seolah-olah ada sesuatu yang belum sempurna dalam niatnya itu. sedangkan manusia-manusia itu sendiri tahu bahawa melafazkan niat itu sebenarnya memang tidak dilakukan Rasulullah SAW. Maka apakah pula alasan mereka untuk mempertahankan talaffudz niat tersebut. Kata mereka, ia untuk menguatkan niat dan menghilangkan was-was. Benarkah begitu. Yang dilihat bertambah banyak was-was adalah.Mereka yang menyibukkan diri dengan talaffudz niat perlu mengetahui jika dia berniat maka secara automatik niat itu akan datang. Ini kerana jika dia sudah berdiri dihadapan menghadap kiblat, untuk apakah berdirinya itu kecuali untuk bersolat. Dan niat itu di hati bukannya di lidah. Maka apa perlu mengulang niat berulang kali. Hatta jika niat memang tidak ikhlas, maka diulanglah takbir beberapa kalipun maka niat tetap begitu jua.

Dalam masalah thaharah juga begitu. Ada segelintir manusia berlebih-lebihan dalam masalah thaharah. Ada di antara mereka dipengaruhi oleh soalan-soalan syaitan yang cuba menimbulkan was-was dengan disibukkan di dalam hati mereka "Dari mana engkau tahu bahawa air itu suci". Maka manusia itupun membuat berbagai-bagai andaian dan berbagai-bagai kemungkinan padahal syariat pada dasarnya sudah cukup baginya bahawa air itu adalah suci. Manusia seumpama ini menyibukkan diri dengan sia-sia dalam berwudhu hingga terlewat untuk berjemaah bersama imam lantaran kesibukannya dengan hal-hal thaharah. Bahkan mereka ini tak terlepas daripada melakukan beberapa perkara yang terlarang: (1) Membazir dalam penggunaan air (2) Menghabiskan masa dengan sia-sia untuk sesuatu yang bukannya suant mahupun wajib (3) Berlebih-lebihan hingga melangkaui apa yang disuruh syariat. Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr al-Ash bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Sa'ad yang sedang berwudhu, lalu baginda SAW bertanya, "Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Sa'ad?" Sa'ad bertanya:" Apakah di dalam wudhu' juga ada istilah berlebih-lebihan?" Baginda SAW menjawab, " Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad). Diriwayatkan juga di dalam Abu daud, Ibnu Majah dan Ahmad bahawa: "Akan muncul ditengah umat ini segolongan orang yang berlebih-lebihan dalam berdoa dan bersuci.

Manusia yang was-was ini menyangka apa yang mereka lakukan itu baik, kononnya berhati-hati sedangkan adakah mereka fikir bahawa mereka itu terlebih berhati-hati jika dibandingkan dengan Rasulullah SAW. Mungkinkah mereka ini semua mempunyai penyakit jiwa yang was-was atau sudah hilang kewarasan. Maka takut-takut mereka itu jatuh dalam golongan manusia yang diriwayat bahawa "Ada keringanan bagi orang yang gila hingga dia menjadi sedar (Riwayat Abu Daud, an-Nasaie, ad-Darimi, Ibnu Majah dan Ahmad). Ini kerana orang yang sudah mengangkat takbir, menyempurnakan thaharahnya akan tetapi masih merasa ragy dengan niatnya bukanlah orang yang waras. Sementara orang yang tidak waras tidaklah wajib atasnya bersolat. Adakah kita mahu jadi mereka yang tidak diwajibkan bersolat. Wallahu'alam

Di ringkaskan dari Tablis Iblis karangan Ibnu Jauzi.
http://z13.invisionfree.com/mysahabat/index.php?s=b08520a9c02ae1087edd7ee88239f818&showtopic=164

KISAH IBLIS LAKNATULLAH



Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."CLIQUE :: View topic - KISAH IBLIS LAKNATULLAH:

'via Blog this'

Kisah Iblis Laknatullah dengan Ahli Neraka

Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis laknatullah itu dengan tali dari api.
"
Kemudian dikatakan kepada iblis laknatullah: "Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka." Setelah iblis laknatullah menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka yaitu iblis laknatullah .
"
Kata iblis laknatullah : "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'iir." Berkata iblis laknatullah lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia.
"
Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat." Berkata iblis laknatullah lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?" Akhirnya iblis laknatullah berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku.
"
Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam." Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata iblis laknatullah itu maka mereka melaknati iblis itu.
"
Setelah itu iblis laknatullah dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang- orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka. Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya." Wallahu'alamKisah Iblis Laknatullah dengan Ahli Neraka - Kaskus - The Largest Indonesian Community:

'via Blog this'

Amalan Lam Laqod












Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri

(iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan

yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia

pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah

bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah)

melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang

besar.”


ini adalah satu ayat Lam,yg diantara kegunaanya mengikut ilmu yg diijazahkan pada aku..

1-Memanggil makhluk alam ghaib-level rendah makhluk la..jgn la panggil wali pakai ni

2-menyumbat jin kedalam botol

3-Memotong,menyiat,membunuh jin2 kafir yg bersalah

4-pengasih umum

5-pengasih khusus

6-melembutkan hati manusia

7-penggerun

8-bagi tujuan murah rezki

9-Pendinding serangan Jin2 dan sihir

10- InsyaAllah pengamal Ayat ini tidak akan mati pada hari ia dibaca, kecuali

apabila sampai ajalnya bila mana Allah melupakan pengamal itu untuk membacanya.

Wallahua'lam.

11- Dengan izin Allah SWT, pengamal Ayat ini akan kebal, maksudnya selamat dari

senjata tajam atau peluru. Ini adalah satu-satunya Ayat yang mengandungi hikmah

kekebalan yang tidak bersifat panas dan tidak mengganggu jalan rezeki.

12- Ini adalah satu bentuk selawat.

sebenarya banyak lagi kelebihan yg tak dpt aku nyatakan di sini..caranya..

baca ayat di atas 1 nafas (tarik nafas panjang2),setelah habis baca terus telan air

liur...amalkan selama 21 hari..bagi tujuan perubatan amalkan 7 kali pagi,7 kali

malam,selama 21 hari bturut2...bagi tujuan keberkatan ijazah..sekiranya ada

waktu,dtg jumpa aku,sobab cara ijazoh nya kena bersalaman..(masa salam tu den nak

bangkitkan Lam dalam badan dan masa tu jugak penjaga ayat ni akan turun menjadi

saksi pengijazahan yg diberi,insyallah ikut nasib yg penjaga turun ni,tak semua org

dia akan turun)..tapi buat masa ini,walaupun tak bersalam amalkanlah bagi tujuan

keselamatan dunia akhirat
Pusat Rawatan Ruhaniah: Amalan Lam Laqod:

'via Blog this'

Kisah Iblis Dengan Nabi Musa




Suatu hari ketika Nabi Musa berada dalam majlisnya, tiba-tiba datang Iblis dengan baju yang dilabuhkan pada kepalanya. Apabila dekat dengan Nabi Musa , ia menanggalkan pakaiannya itu. Maka terjadilah soal-jawab di antara Nabi Musa dan Iblis.

Iblis : "Assalamu'alaka, Wahai Musa "

Nabi Musa : "Siapa Kamu ?"

Iblis : "Saya Iblis"

Nabi Musa : "Allah SWT tidak menghormati engkau, untuk apa engkau datang ?"

Iblis : "Aku datang untuk mengucapkan salam kepadamu di atas ketinggian tempat dan kedudukkanmu di sisi ALlah s.w.t. "

Nabi Musa : " Bilakah apabila seseorang itu melakukan sesuatu dengan engkau dapat menghalanginya.

" Iblis : " Apabila seseorang itu merasa taajjub terhadap dirinya dan ia berlaku sombong maka lupalah ia akan dosanya. "

Seterusnya Iblis tersebut memberikan tiga peringatan kepada Nabi Musa a.s iaitu :-

1. Janganlah sesekali engkau berkhalwat dengan perempuan yang tidak halal bagimu. Kerana tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya melainkan aku menemaninya ( menjadi pihak ketiga ) tanpa teman-temanku yang lain sehingga aku Membuat fitnah terhadap keduanya.

2. Janganlah engkau berjanji ( bernazar ) kepada ALlah s.w.t. melainkan engkau memenuhinya. Kerana tidak berjanji seseorang kepada ALlah s.w.t. melainkan aku menemaninya tanpa teman-temanku yang lain , maka akulah yang menjadi dinding penghalang antara orang itu dengan janjinya sehingga janji itu tidak dapat ditunaikan.

3. Janganlah sekali-sekali engkau mengeluarkan sedekah melainkan apa yang engkau sayangi ( barang yang baik-baik ) kerana sesungguhnya tiadalah seorang itu mengeluarkan sedekah sedangkan dia menyayanginya melainkan aku sendirilah tanpa teman-temanku yang membuat tidak terlaksananya sedekah itu.

Selepas berkata demikian , Iblis itu berpaling dan sebelum pergi ia berkata : " Celak_a! Celak_a ! Celak_a ! Musa telah pun mengetahui apa yang harus berwaspada terhadap anak keturunan Adam.

" Al-Qurasyi berkata : " Aku mendengar sesungguhnya syaitan berkata kepada orang perempuan : " Engkau adalah separuh daripada tenteraku. Engkaulah anak panahku yang kugunakan untuk memanah ( manusia ). Aku tidak salah menjadikan engkau untuk mengetahui segala rahsia dan engkaulah utusan untuk menyampaikan hajatku. "

Pusat Rawatan Islam Syifauhadi: Kisah Iblis Dengan Nabi Musa:

'via Blog this'

Kisah Iblis Terlaknat

Alkisah, beribu-ribu tahun sebelum ada manusia, dunia ini sudah dihuni oleh sejenis makhluk dari golongan jin, mereka dibezakan antara laki-laki dan perempuan. Di antara mereka ada yang beribadah dan ada yang tidak, walaupun Allah mewajibkan mereka beribadah menyembahNya.



Allah SWT. berfirman, “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepadaKu.” (QS. Adz-Dzariyaat: 56)

Di antara sekian banyak keturunan jin, Azzazil adalah yang paling taat kepada Allah. Berbeza dengan manusia, jin mampu berumur sampai ribuan, bahkan puluhan ribu tahun. Begitu pula Azzazil. Ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun. Kemudian atas permintaannya ia dipindahkan oleh Allah ke langit pertama.

Di situ ia beribadah kepada Allah selama 1000 tahun juga. Lalu ia dipindahkan ke langit seterusnya, sampai langit ke tujuh. Di masing-masing tingkatan langit, ia beribadah kepada Allah SWT selama 1000 tahun. Jadi Azzazil beribadah kepada Allah selama 8000 tahun.

Kerana ketaatan dan pengabdiannya, Allah mengangkatnya ke darjat Al-Muqarrabun, yaitu derajat tertinggi di sisi Allah. Lebih dari itu, Allah menobatkan Azzazil sebagai imam para malaikat yang berkedudukan di langit.



Merasa berada dalam darjat yang mulia, maka ketika Allah memerintahkan dirinya dan para malaikat bersujud kepada Adam, Azzazil dengan berbagai dalih menolak. Penolakan itu disebabkan kerana ia merasa lebih mulia dan lebih baik dibandingkan Nabi Adam as.

Selain itu ia juga merasa bahawa dirinya makhluk yang lebih dulu diciptakan, lebih lama dalam beribadah dan lebih tinggi martabatnya dibandingkan Nabi Adam yang baru diciptakan Allah swt. Kesombongan dan rasa iri hati itulah sebenarnya penyebab utama mengapa Azzazil membangkang perintah Allah swt. Kerana pembangkangannya itu, akhirnya ia terusir dari syurga dan dinamakan Iblis. Sebelum meninggalkan surga, Iblis sempat bersumpah akan mengganggu dan menggoda anak keturunan Adam sampai hari kiamat.





Kita tengok kembali bagaimana Al Qur’an menggambarkan kisah pasangan Adam dan Hawa di syurga. Mereka bebas menikmati dan menggunakan segala keistimewaan syurga kecuali makanan buah khuldi.

Ternyata satu-satunya larangan Allah itulah yang dimanfaatkan oleh Iblis untuk menyesatkan Adam dan Hawa. Sesuai dengan sumpahnya untuk menyesatkan Adam dan Hawa dan keturunannya, maka Iblis sekuat tenaga merayu dan memujuk Adam dan Hawa agar melanggar larangan yang Allah tetapkan bagi mereka. Dengan usaha yang keras dan tidak kenal menyerah, akhirnya Adam dan Hawa tergoda juga mendengar rayuan Iblis. Meskipun hanya satu larangan yang ditetapkan Allah bagi mereka, tetapi ternyata satu larangan itu membuat mereka ingin tahu. Apalagi rayuan Iblis yang tidak kenal menyerah.

Mereka pun memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah swt. itu. Akibatnya, Allah pun mengeluarkan mereka dari syurga dan menurunkan ke dunia.

Firman Allah, “maka syaitan (Iblis) menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) maka dikeluarkanlah mereka dari tempatnya (syurga). Dan kami berfirman, “Turunlah kalian. Sebagian kamu adalah musuh bagi sebagian yang lain. Dan bagi kalian ada tempat kediaman dan kesenangan sementara di muka bumi.” (QS. Al Baqarah: 36)

Sebenarnya, Adam, Hawa, para malaikat, dan Iblis sudah mengetahui suatu saat Adam dan Hawa akan diturunkan ke bumi, mengingat Adam akan diangkat menjadi khalifah di bumi. Hanya saja, mereka tidak mengetahui bila saatnya. Hanya Allah saja yang mengetahui. Itulah sebabnya ketika iblis diusir dari surga karena pembangkangan perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, ia secara sembunyi-sembunyi menyusup ke dalam syurga berusaha memperdayai Adam dan Hawa agar mendurhakai Allah.

Kerja keras iblis tidak sia-sia, Adam dan Hawa terpedaya dibuatnya, sehingga mereka diturunkan ke bumi. Peristiwa itu terjadi pada 10 Muharram, malam hari, seiringan dengani iblis yang juga diturunkan ke bumi. Dengan cucuran air mata kerana sedih, Adam dan Hawa terpaksa menjalani hukuman itu.

Oleh Jibril Adam diturunkan di bukit Ruhun di Surandib, pulau Sailan. Sedangkan Siti Hawa diturunkan di Jeddah. Mereka harus menghadapi lingkungan baru yang serba asing dan sulit, jauh dari kenikmatan syurga yang pernah mereka diami dulu.

Diriwayatkan, sejak mereka diturunkan dari surga, selama hampir seratus tahun mereka tidak bertemu. Tetapi Allah kemudian mengutus malaikat Jibril memerintahkan Adam dan Hawa melakukan ibadah haji. Setelah keduanya melakukan thawaf tujuh kali, mereka menyatakan bertaubat kepada Allah, dan Allah mengampuni dosa mereka.
Setelah melaksanakan ibadah haji, atas petunjuk malaikat Jibril, Nabi Adam melakukan perjalanan jauh ke Jeddah untuk menemui Hawa. Berbulan-bulan Adam menyusuri padang, lembah dan bukit, sampai akhirnya bertemu dengan Hawa di sebuah padang yang kemudian dinamakan Padang Arafah, artinya mengenal kembali.





Nabi Adam menceritakan kepada Hawa bahwa Allah, melalui malaikat Jibril, mewajibkan mereka melaksanakan Thawaf yaitu mengelilingi Hajar Aswad sebanyak tujuh kali. Dan untuk mendirikan tempat ibadah, Allah memerintahkan Jibril mengambil batu hitam di syurga untuk mendirikan Ka’bah.



Dengan bantuan para malaikat, Adam dan Hawa membangun tempat ibadah dan masjid yang bernama Baitul Ateeq. Setelah berdiri dengan gagahnya, di tengah masjid tersebut diletakkan Hajar Aswad. Kemudian Adam dan Hawa bertawaf.

Inilah masjid pertama yang berdiri dimuka bumi itu. Tetapi, pada masa Nabi Nuh as. masjid Baitul Ateeq tersebut kena serangan angin taufan.......namun di bina kembali oleh Nabi Ibrahim,dan ditemukan Hajarul Aswad oleh Nabi Ismail yang diilhamkan oleh malaikat Jibrail,sesuai dengan kehendak Allah swt iapun kembali terbina

Setelah bertemu di Padang Arafah, dan menunaikan ibadah haji, Adam dan Hawa hidup dalam lingkungan rumah tangga sebagai suami istri. Mereka menurunkan beberapa anak yang menyebar ke segala penjuru dunia, sehingga kini kita kenal berbagai bangsa dan suku.

http://islamagamaku.wordpress.com/2009/07/22/asal-usul-iblis/Kisah Iblis Terlaknat:

'via Blog this'

KECINTAAN MU'ADZ BIN JABAL R.A KEPADA RASULULLAH S.A.W.

Dikisahkan dari Said Bin Ziyad dari Khalid Bin Saad, bahwa Mu'adz Bin Jabal R.A telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku, apakah anda masih tidur juga wahai Mu'adz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.

Mu'adz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan, "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'adz berkata, "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'adz berkata kepada mereka, "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku.أ¢â‚¬?

Setelah Mu'adz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" (Az-Zumar: 30). Maka menjeritlah Mu'adz, sehingga ia tak sadarkan diri.

Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Ali-lmran: 144) Maka Mu'adz pun menjerit lagi, "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?"

Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata, "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." Kemudian ia berkata lagi,"Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?"

Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka, di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."

Lalu Mu'adz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'adz bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW?أ¢â‚¬? Orang tersebut menjawab, أ¢â‚¬?Wahai Mu'adz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia.أ¢â‚¬?

Mendengar ucapan itu Mu'adz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyadarkannya, ia memanggil Mu'adz,أ¢â‚¬?Wahai Mu'adz sedarlah dan bangunlah." Ketika Mu'adz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddiq, dengan cop dari Rasulullah S.A.W. Tatkala Mu'adz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.

Mu'adz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan, "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?"
Mu'adz menyambung, "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal Bin Rabah ada Salman Al-Farisy R.A lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, dia adalah Mu'adz yang sedang pengsan.أ¢â‚¬?

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'adz, lalu ia berkata, "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'adz, aku telah mendengar dari Rasulullah S.A.W, baginda bersabda, "Sampaikanlah salamku kepada Mu'adz."

Maka Mu'adz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahwa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata, "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah R.A."

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'adz mengucapkan, "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?"

Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata, "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah.أ¢â‚¬?

Kemudian Mu'adz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan, "Assalamualaikum ya ahli bait." Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'adz Bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah S.A.W."

Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'adz?" Fatimah R.A lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikanlah salam saya kepada Mu'adz dan khabarkan kepadanya bahwa ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama."

Kemudian Mu'adz bin Jabal keluar dari rumah Fatimah R.A menuju ke arah kubur Rasulullah S.A.W.


Mood: touched
KECINTAAN MU'ADZ BIN JABAL R.A KEPADA RASULULLAH S.A.W. by irahza | Muslim Community | Muxlim:

'via Blog this'