Sunday 2 October 2011

Niat Sebenar Syaitan

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki buta yang amat rajin bersolat di masjid. Bagi memudahkannya berulang alik, dia mengikat seutas tali menghubungkan rumah dengan masjid berkenaan. Berpandukan tali itulah ,dia berjalan setiap hari untuk solat berjemaah. Jarak di antara rumah lelaki buta dengan masjid tidaklah seberapa jauh, namun masalahnya ialah di pertengahan jalan terdapat sebuah lubang besar yang dipenuhi air.

Suatu hari, lelaki buta itu terjatuh ke dalam lubang tersebut. Bajunya habis basah. Kesian, dia terpaksa patah balik untuk menukar pakaian kepada yang kering dan bersih, kemudian menyusur semula tali menuju ke masjid. Malangnya ketika melintasi lubang itu buat kali kedua, lelaki buta itu terjatuh lagi. Bersusah payah dia pulang ke rumah dan menukar pakaian, seterusnya berjalan menuju ke masjid untuk kali yang ketiga. Sudah nasibnya, ketika melintasi lubang besar, dia tergelincir lagi. Lelaki buta itu terhuyung hayang tapi anehnya, belum sempat tubuhnya terhumban ke dalam lubang, seseorang datang menghulurkan tangan.Orang itu menahan tubuhnya daripada jatuh dan kemudian memimpin tangan lelaki itu menuju ke masjid.

Berulang kali lelaki itu mengucapkan terima kasih. “Bolehkah tuan beritahu saya siapakah tuan yang sebenarnya ?” soal lelaki buta ketika mereka sampai di perkarangan masjid. “Aku adalah syaitan !” jawab orang yang tak dikenali tadi. “Syaitan?”Lelaki buta itu terkejut. “Ta…ta…tapi kenapa engkau menolong aku sedangkan aku hendak ke masjid untuk bersolat, menyembah ALLAH YANG MAHA ESA ?”

evil Niat Sebenar Syaitan

Jawab syaitan, “Aku menolongmu sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu ALLAH ampunkan.Semasa engkau terjatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu pula diampunkan dan jika aku membiarkan engkau jatuh kali ketiga, maka seluruh dosa umat ISLAM akan terampun. Sebab itu, akumenolongmu !”

Niat Sebenar Syaitan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment