Tuesday 11 October 2011

Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman



KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

Katanya, sekiranya terdapat undangan dari pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.

"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

"Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

"Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya.

Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Ketika insiden itu, kira-kira 25 penguatkuasa Jais, pihak polis dengan 2 buah kereta, Kadi Hulu Langat turut hadir bagi tujuan itu.

Bob yang juga penulis lirik lagu kesukaan ramai 'Isabella' diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan.

Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir ke pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan.

Mengulas perkara itu, Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali, mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.

Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan suatu tindakan yang tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang.

"Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya.

Sebelum beliau ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh kadi berkenaan.

"Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah di dalam ceramah saya itu tetapi hanya kerana tanpa tauliah.

"Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya.

Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati.

Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

"Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.

"Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah.

"Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau.

Ketika diminta hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat tengah hari ini, Bob Lokman turut sibuk ke Putrajaya untuk menyampaikan ceramah atas undangan pihak tertentu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno terlibat dalam pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) pada 3 Ogos lalu.
Antara jam 9.45 hingga 12 malam, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jais bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, No 2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.
Sementara itu, Adun Meru yang Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad telah ditarik balik tauliah oleh Jais.
Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman:

'via Blog this'

MARI KITA LIHAT BAGAIMANA PULA SYAITAN MEMPERDAYA KAUM ADAM ! SEDIKIT DEMI SEDIKIT ………. ~ LuahFikiran - MariKita

MARI KITA LIHAT BAGAIMANA PULA SYAITAN MEMPERDAYA KAUM ADAM ! SEDIKIT DEMI SEDIKIT ……….


Friday, September 17, 2010 | ,



MARI KITA LIHAT BAGAIMANA PULA SYAITAN MEMPERDAYA KAUM ADAM ! SEDIKIT DEMI SEDIKIT

ENTRI TERDAHULU MENCERITAKAN TENTANG DRAMA BISIKAN SYAITAN TERHADAP KAUM HAWA . KALI INI, BLOG INI INGIN BERKONGSI SEBUAH RENCANA YANG MENCERITAKAN BAGAIMANA SYAITAN MEMPERDAYA KAUM ADAM. SI SYAITAN DURJANA DENGAN TEKUN DAN LICIK MEMPERDAYA DAN MENYESATKAN SEORANG LELAKI WARAK. LELAKI TERSEBUT, ATAS TIPU DAYA DAN BISIKAN SYAITAN, AKHIRNYA TERJERUMUS DALAM KANCAH MAKSIAT. ATAS HASUTAN SYAITAN JUGA, LELAKI BERKENAAN TELAH MEMBUNUH WANITA YANG MENGANDUNG HASIL PERZINAAN MEREKA BERDUA.

SITUASI SEMASA SEMACAM ADA PERSAMAAN DENGAN APA YANG BERLAKU KE ATAS LELAKI WARAK TADI. JALAN CERITANYA LEBIH KURANG SAMA WALAUPUN WATAK-WATAKNYA BERBEZA. LIHAT SAHAJA KES PERZINAAN, KES ANAK LUAR NIKAH, KES PEMBUNUHAN DAN MACAM-MACAM LAGI !

RENCANA “SI WARAK DIGODA SYAITAN” DIPETIK DARIPADA BLOG INI (klik sumber)


SI WARAK DIGODA SYAITAN

Kehidupan ini penuh dengan dugaan dan godaan daripada syaitan-syaitan yang berusaha untuk menghancurkan kehidupan dan keimanan umat Islam. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang sangat warak dan beriman kepada Allah SWT. Pemuda tersebut sentiasa beribadat kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sebarang perkara maksiat.

Dalam dunia syaitan dan iblis, mereka sedang menjalankan mesyuarat dan perbincangan untuk menyesatkan orang warak tersebut. Ketua mesyuarat itu adalah iblis yang sedang mencari syaitan yang layak menjalankan tugas itu. Banyak syaitan yang menawarkan diri untuk menyesatkan orang warak itu tetapi iblis tidak berkenan apabila metod mereka tidak begitu menarik. Ada syaitan yang memberitahu dia telah memisahkan pasangan suami isteri untuk meyakinkan iblis tersebut. Kemudian, ada seekor syaitan yang tampil ke hadapan dan menyampaikan metodnya, cara-cara untuk menyesatkan orang warak itu. Metod tersebut telah menambat hati iblis dan syaitan itu dipilih untuk menjalankan tugas tersebut.

Pada hari pertama syaitan itu menjalankan rancangannya, dia telah pergi ke bilik tuan puteri raja kerajaan. Tuan puteri itu sangat cantik dan telah dilimpahi dengan kesenangan dan kemewahan hidup sepanjang hidupnya sehinggakan hatinya juga mudah goyah dan lemah. Dengan kepintaran syaitan tersebut dia telah masuk ke dalam diri tuan puteri itu untuk melemahkan sistem dalam badan. Perbuatan syaitan itu telah menyebabkan tuan puteri berasa sangat sakit terutama pada bahagian hatinya.

Keadaan tuan puteri telah merisaukan raja dan permaisuri. Mereka meminta para pembesar mencari tabib atau sesiapa sahaja yang boleh merawat tuan puteri. Kemudian, syaitan yang durjana itu telah menyamar wajah sebagai seorang pembesar raja, walhal pembesar yang sebenar telah pergi bertugas meninjau di sempadan negara.

“Ada seorang lelaki yang warak dikhabarkan boleh mengubati penyakit dengan doa-doanya yang mujarab. Kemujaraban itu disebabkan dia sangat kuat beribadah kepada Allah,” syaitan cuba perdaya raja dan permaisurinya.

Kata-kata syaitan itu berjaya menghasut raja dan dengan segera raja menitahkan supaya tuan puteri dihantar ke rumah pemuda itu. Sebaik tiba di rumah orang warak itu, dia telah membaca ayat al-Quran supaya segala benda kotor di dalam badan tuan puteri akan keluar. Tidak lama kemudian, keadaan tuan puteri kelihatan pulih sedikit dan tuan puteri dibawa pulang semula ke istana.

Di pertengahan jalan, syaitan yang masih menyamar itu sekali lagi menghasut raja, “Lebih baik tuanku tinggalkan tuan puteri di rumah orang warak itu sehingga tuan puteri benar-benar sembuh. Bimbang di pertengahan jalan ada benda kotor yang akan masuk semula ke dalam badan tuan puteri.”

Sekali lagi, raja termakan hasutan kata-kata syaitan. Dibawa semula tuan puteri ke rumah orang warak itu. Kehadiran kali kedua raja dan rombongan memeranjatkan orang warak itu tetapi dia tetap melayan dan menerima titah daripada raja dengan tenang. Maka, orang warak itu terpaksalah menunaikan amanah daripada raja yang meminta dia mengubati tuan puteri sehingga benar-benar sembuh dan tinggal bersamanya.

Untuk seketika, tuan puteri tinggal bersama-sama orang warak itu tetapi bagi mengelakkan masyarakat sekeliling membuat fitnah, orang warak itu mengambil keputusan untuk tinggal di luar rumah dan tuan puteri tinggal di dalam rumah. Setiap hari orang warak itu akan menghantar makanan kepada tuan puteri dan makanan itu akan diletakkan di hadapan pintu. Orang warak itu sesekali tidak masuk ke dalam rumah kerana dia tidak mahu berdua-duaan dengan tuan puteri.

Rancangan syaitan tidak terhenti dengan menghasut raja, tetapi syaitan telah berusaha menghasut orang warak itu. Suatu hari syaitan berbisik kepada orang warak itu, “Apa salahnya kamu masuk dan meletakkan makanan itu di dalam rumah. Bimbang apabila diletakkan di hadapan pintu akan dimakan oleh kucing.”

Orang warak itu termangu dan memikirkan kebenaran bisikan syaitan itu. Lalu, keesokan harinya dia mengetuk pintu dan sebaik tuan puteri yang cantik itu keluar dan membuka pintu, orang warak telah menghulurkan makanan kepada tuan puteri.

“Mengapa berdiri sahaja? Lebih baik kamu bertanya tentang kesihatan tuan puteri. Adakah dia telah sembuh atau belum,” bisikan syaitan menusuk ke dalam otak orang warak itu.

Tuan puteri duduk di beranda rumah itu dan diikuti oleh orang warak, lalu orang warak itu bertanya kepada tuan puteri berkenaan kesihatannya.

“Beta rasa lebih sihat,” jawab tuan puteri.

“Mengapa kamu kelihatan tidak mesra? Senyumlah kerana senyuman itu adalah sedekah dan sedekah itu adalah dituntut,” sekali lagi syaitan berbisik kepada orang warak.

“Betul juga,” bisik orang warak, dan dia mengukir senyuman kepada tuan puteri.

“Kamu duduklah sebentar dengan tuan puteri dan berbual-bual dengannya. Lagipun engkau seorang yang beragama, apa kata engkau ajar ilmu agama kepada tuan puteri,” syaitan terus menyucuk jarum ke dalam hati orang warak.

“Oh, ya tak ya. Lebih baik aku ajarkan tuan puteri ilmu agama,” bisik orang warak di dalam hatinya.

“Kamu tidak bimbang jika ada orang melihat kamu dan tuan puteri yang bukan mahram kamu duduk berbincang berdua-duaan di sini? Bukankah buruk akibatnya jika orang kampung melihat kamu? Untuk mengelakkan orang melihat kamu, lebih baik kamu mengajar tuan puteri di dalam rumah,” syaitan berbisik lagi.

Masuklah orang warak dan tuan puteri ke dalam rumah. Syaitan mengikut sama. Ada hadis yang menyatakan bahawa jangan duduk berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan bukan muhrim kerana akan ada pihak ketiga antara mereka, iaitu syaitan yang cuba menghasut supaya melakukan maksiat.

Begitulah yang berlaku antara orang warak dengan tuan puteri, mereka terperangkap sehingga terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Tidak berapa lama selepas itu, tuan puteri bunting dan perkara ini membuatkan orang warak berasa sangat takut. Tetapi, pihak yang sangat gembira mendengar perkara tersebut adalah syaitan durjana yang memang mengharapkan perkara itu berlaku.

“Engkau akan mendapat balasan daripada raja kerana telah menyebabkan tuan puteri bunting. Tetapi, jika engkau mahu mengelakkan daripada dipersalahkan dalam hal ini, engkau hapuskan sahaja tuan puteri. Katakan kepada raja bahawa kematian tuan puteri disebabkan penyakitnya semakin parah dan tidak boleh diubati. Selesai,” mudah sahaja syaitan menyelesaikan masalah yang berlaku.

Orang warak sudah tidak siuman dan telah mengikut hasutan syaitan, lalu tuan puteri yang cantik dan bunting itu dibunuhnya. Dalam waktu yang sama, syaitan telah menyamar sebagai pembesar dan bertemu dengan raja lalu memberitahu kepada raja tindakan orang warak yang membunuh tuan puteri.

Akhirnya, dengan kemurkaan, raja telah menjatuhkan hukuman sula ke atas orang warak itu sehingga kesakitan yang amat sangat dirasainya.

“Andai engkau mahu pertolongan daripada aku, engkau sujudkan kepada aku,” hasut syaitan untu kesekian kalinya.

“Engkau tidak lihat ke keadaan aku yang sangat kesakitan ini? Bagaimana aku hendak bergerak apatah lagi untuk bersujud,” kata orang warak.

“Mudah sahaja. Engkau niatkan di dalam hati bahawa engkau bersujud kepada aku!” teriak syaitan dalam kesamaran pandangan kabur orang warak itu.

Orang warak melihat syaitan ketawa mengilai dan hilang di udara sehingga suara dan bayangan syaitan semakin hilang daripada pandangan orang warak. Akhirnya orang warak itu mati dalam keadaan yang tidak beriman, su-ul khatimah kerana telah melakukan perzinaan, penipuan, pembunuhan dan syirik kepada Allah SWT.Na'uzubillah…minta dijauhkan.Semoga kita semua meninggalkan dunia ini dalam keadaan husnul khatimah.Aminn…

Sesungguhnya tugas syaitan hanya untuk menyesatkan manusia supaya melakukan maksiat, perkara-perkara syirik dan seumpamanya sehinggalah manusia tidak mahu pulang ke pangkal jalan. Sememangnya itulah janji syaitan kepada Allah SWT.

Peristiwa di atas memberi banyak mesej kepada umat Islam supaya menjaga syahwat, lagi-lagi apabila duduk berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim. Sudah banyak berlaku kes-kes tangkap khalwat dan buang anak disebabkan mereka termakan hasutan syaitan untuk melakukan perkara maksiat tersebut. Syaitan sentiasa mengambil kesempatan daripada kelalaian umat Islam yang sangat suka kepada perkara-perkara dosa. Tidak kiralah pada sesiapa pun yang dikehendakinya. Jika memang keimanan itu mudah goyah akan senanglah syaitan menyesatkan mereka untuk melakukan maksiat.

Rasulullah SAW bersabda yang tercatat dalam hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban yang bermaksud, “Jangan kamu duduk berdua-duaan dengan seorang wanita kerana sesungguhnya syaitan adalah pihak ketiga antara kamu.”

Imam Ahmad juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia berkhalwat dengan seorang wanita tanpa ada mahram wanita itu kerana syaitan akan menjadi pihak ketiga antara mereka berdua.”

Berikut pula hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud:

“Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda ‘Jangan seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali jika wanita itu ada bersama-sama mahramnya.’ Kemudian, berdiri seorang lelaki dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, isteriku telah pergi menunaikan haji, tetapi aku telah berdaftar untuk berjihad dalam peperangan.’ Rasulullah SAW berkata, "Kembali dan pergilah menunaikan haji dengan isteri kamu."

Pengertian bagi syaitan menjadi pihak ketiga antara orang lelaki dan perempuan yang duduk berdua-duaan adalah syaitan itu duduk di tengah antara mereka, lalu menjalankan peranan menghasut supaya mereka melakukan maksiat sehingga syahwat lelaki dan perempuan tidak dapat dikawal lagi. Apabila sudah termakan hasutan syaitan, segala peraasaan malu sudah tidak difikirkan lagi, tetapi mereka melihat terdapat sesuatu yang manis dan indah dalam perbuatan maksiat.

Setiap orang Islam wajib menjaga diri daripada mendekati perkara-perkara maksiat. Pelihara batas aurat dan pergaulan antara kawan-kawan lelaki dengan kawan-kawan perempuan supaya tidak berlaku perkara buruk seperti gangguan seksual dan maksiat lain. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT semoga diri kita sentiasa berada dalam perlindungan-Nya daripada sebarang perkara buruk dan gangguan syaitan.

Antara amalan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada gangguan syaitan adalah dengan mengamalkan bacaan surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas dan Al-Kafirun seriap hari, sebanyak yang boleh. InsyaAllah dengan usaha, ikhtiar dan bertawakal kepada Allah SWT, hidup kita akan terhindar daripada perkara buruk dan gangguan syaitan. Aminn Ya Rabb..
MARI KITA LIHAT BAGAIMANA PULA SYAITAN MEMPERDAYA KAUM ADAM ! SEDIKIT DEMI SEDIKIT ………. ~ LuahFikiran - MariKita:

'via Blog this'

3 cara syaitan memperdaya anak adam....


SYAITAN adalah musuh orang beriman yang menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu dan menghasut anak Adam agar menyeleweng serta melakukan dosa.

Keangkuhan syaitan menyebabkan ia mengganggu beberapa nabi dan rasul dengan menyamar untuk memerangkap serta memperdayakannya.

Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Nabi Musa pernah didatangi syaitan. Berikut adalah sebahagian dialog Nabi Musa dengan syaitan. Syaitan berkata: Wahai Musa, engkaulah yang dipilih Allah untuk membawa risalahnya-Nya dan engkaulah yang sentiasa berkata benar. Aku salah satu makhluk telah berdosa dan mahu bertaubat. Mohonkanlah kepada Tuhan agar diberikan taubat kepadaku.

Selepas itu Nabi Musa memohon kepada Tuhan dan diperkenankan, lalu baginda menemui syaitan. Baginda berkata: "Wahai syaitan, engkau sudah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Nabi Adam dan setelah itu, barulah taubatmu diterima Tuhan."

Namun sebaik saja mendengar nama Nabi Adam, syaitan naik angin dan marah dengan memperlihatkan sifat takburnya. Syaitan berkata: "Sewaktu Adam masih hidup, aku tidak sujud, inikan pula sesudah dia tidak ada."

Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah untuk pengampunanku. Namun, ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu.

Nabi Musa berkata: "Apakah 3 perkara itu? Lalu syaitan menjawab: "Pertama, ingatlah ketika kau sedang marah, aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu. Mataku akan berada dalam matamu dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah.

"Kedua, ketika kau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku akan datang mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar berundur secara teratur. "Ketiga, berhati-hatilah duduk dengan perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi penghubung antara kau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu dengan engaku."

Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusuhi anak Adam dengan pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya.

Pada syaitan, martabat bani Adam cukup rendah berbanding dirinya yang diciptakan daripada api
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM: 3 cara syaitan memperdaya anak adam....:

'via Blog this'

Cara Meleraikan Nafsu

Cara Meleraikan Nafsu

alt

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W melihat seorang wanita, lalu baginda mendatangi Zainab, isteri Baginda yang sedang menyamak kulit miliknya. Kemudian Rasulullah S.A.W memenuhi keinginan Baginda. Setelah itu, Baginda keluar kepada para sahabat, lalu kemudian baginda bersabda:

"Sesungguhnya wanita itu bila dilihat daripada depan dan belakang tampak memikat kerana ada pengaruh Syaitan. Apabila seseorang itu melihat lalu terpikat, maka segeralah pulang untuk menyetubuhi isterinya, kerana itu dapat meleraikan nafsunya." - Hadis riwayat Muslim (no: 1403)

Hadis ini mengisahkan kisah Rasulullah S.A.W di mana pada suatu ketika Baginda terlihat seorang wanita daripada jarak jauh dan kemudian dirinya khuatir (Padahal Baginda ma'sum) terjerumus kepada sesuatu. Baginda sangat kagum melihat wanita tersebut, dan Baginda juga berasa sesuatu yang berbentuk perasaan suka.

Baginda kemudiannya pulang ke rumah dan bertemu isteri baginda Zainab , dan ketika itu isteri Baginda sedang menyamak kulit. Namun, Rasulullah S.A.W tidak bergegas meleraikan nafsunya akan tetapi beliau menunggu sehingga si isteri selesai daripada pekerjaannya. Setelah selesai barulah kedua-duanya memenuhi hajat masing-masing.

Setelah itu Baginda keluar menemui para sahabatnya dan bersabda seperti yang di atas yakni Baginda berusaha untuk menolak dan mencegah munculnya godaan syaitan yang ditujukan padanya.

Hal ini samalah seperti nikah. Mengapa disyariatkan untuk bernikah? Nikah disyariatkan kerana ia merupakan sesuatu yang wajib bagi orang yang memerlukannya, kerana khuatir mereka terjerumus ke lembah zina.

Rasulullah S.A.W tidak melihat wanita tersebut dengan sengaja dan perasaan suka tersebut hanya terlintas secara tidak sengaja.

Oleh sebab itu Allah memerintahkan kaum lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan serta menjaga kemuliaan diri.

Firman Allah: "Katakanlah kepada lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memlihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."

"Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka perlihatkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara mereka , atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam..." -An-Nur

Sesungguhnya Syaitan mendatangi kaum lelaki darpada depan dan juga belakang. Jikalau daripada depan Syaitan memperdayakan lelaki pada wajah dan payudara kaum wanita manakala daripada belakang Syaitan memperdayakan kaum lelaki pada pinggul dan kemaluannya.

Syaitan mempunyai pelbagai taktik kotor untuk memperdayakan manusia. Oleh sebab itu kita harus berusaha melawan godaan Syaitan yang sebenarnya akan membawa kepada kehancuran buat kita. Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com

Cara Meleraikan Nafsu | iluvislam.com + discover the beauty of islam:

'via Blog this'

9 Strategi Syaitan Memperdayakan Manusia | aMuslimHouse

1) Was-was
Mebisikan keraguan kepada manusia ketika mahu melakukan kebaikan dan amal salih. Contoh, ketika solat subuh. Kita selalu menangguh beberapa minit walaupun sudah jaga dari tidur.Hakikatnya, ia bukan beberapa minit tapi lebih dari itu sehingga kita solat terlambat atau tidak solat langsung.Kadang-kadang kita juga was-was dalam solat, sama ada kita sudah melaksanakan solat duduk tahiyat awal pada solat tiga atau
empat rakaat.

2) Tazyin
Membungkuskan kemaksiatan dalam kenikmatan. Sesuatu yang maksiat itu dilihat indah.Contohnya,berkasih sayang diantara lelaki wanita(boyfriend, girldfriend)itu kelihatan lebih menyeronokkan daripada berkahwin. Kemesraan berdua-dua tanpa nikah kelihatan lebih nikmat daripada setelah diijabkabul walaupun berdua-duaan itu menjurus kepadamaksiat, manakal nikah itu suatu ibadah.

3) Tamanni
Memperdayakan manusia dengan khayalan dan angan-angan.Ada di antara kita yang mempunyai niat sebelum tidur untuk bangun mendirikan solat tahajud dengan menetapkan jam loceng pada jam tiga pagi. Apabila loceng jam berbunyi, kita segera mematikannya dan meneruskan tidur hingga tidak dapat menunaikan hajat itu. Pernahkan kita ingin bertaubat? Namun pada saat maksiat ada di depan mata, sesetangah kita terus melakukannya dan ia berlaku berkali-kali.

4) A’dawah
Berusaha menanamkan permusuhan.Anda tentu pernah terbaca dalam akhbar dimana hal-hal yang kecil pun boleh menimbulkan pertengkaran yang menyebabkan kehilangan nyawa. Lebih malang, ianya melibatkan permusuhan sesama suami-isteri, adik beradik dan jiran tetangga. Ianya hanya bermula dari hal yang kecil dan syaitanlah yang menumbuhkan sikap permusuhan.

5) Takhwif
Menakut-nakutkan. Syaitan akan cuba menakut-nakutkan manusia dalam
hal-hal kebaikan. Kita takut jatuh miskin jika mendermakan harta. Sesetengahnya, takut digelar alim jika selalu ke masjid dan majlis-majlis
agama.

6) Shaddun

Berusaha menghalangi manusia daripada menjalankan perintah Allah dengan menggunakan pelbagai cara. Rasa malas untuk solat dan mengatuk ketika membaca al-Quran adalah antara gejala shaddun dari syaitan

7) Wa’dun
Membuat janji palsu. Syaitan membisikkan kepada manusia untuk menbuat janji palsu.Misalnya, seorang wanita sanggup menyerahkan kehormatannya kepada kekasih yang berjanji untuk menikahinya. Namun, apabila wanita itu hamil, kekasihnya lepas tangan dan menghilangkan diri.

8)Kaidun
Helah dan tipu daya.Sesetengah dari kita mengguhkan sesuatu kerja dengan alasan masih banyak masa lagi. Namun apabila sampai di saat-saat akhir, kita mengerjakannya dengan tergesa-gesa sehingga hasilnya tidak memuaskan.

9) Nisyan
Lupa. Lupa adalah sifat semulajadi manusia.Namun syaitan berusaha menjadikan manusia pelupa sebagai alasan untuk menutupi tanggungjawab. Anda tentu pernah lupa untuk menunaikan, lupa akan janji dan lupa sesuatu perkerjaan yang disuruh.Sesekali lupa adalah sesuatu yang normal namun kalau sering dilakukan bermakna kiat terjebak dengan strategi nisyan.

@aMuslimHouse.com- Sumber: Milenia Muslim

9 Strategi Syaitan Memperdayakan Manusia | aMuslimHouse:

'via Blog this'