Thursday 29 September 2011

Begitu Sederhana, Hafalannya Luar Biasa

Syaikh Ibnu Baz adalah seorang yang sangat tidak perhatian dengan dunia sebagaimana yang bisa kita ketahui dari keadaan beliau. Terlebih jika kita tahu bahwa beliau itu tidak memiliki rumah!!!.
Dr Zahrani pernah berupaya untuk meminta izin kepada beliau untuk membeli rumah yang biasa beliau tempati jika berada di Mekah karena rumah tersebut biasanya cuma disewa. Komentar beliau,
“Palingkan pandanganmu dari topik ini. Sibukkan dirimu untuk mengurusi kepentingan kaum muslimin”.
Suatu ketika Raja Faishal berkunjung ke kota Madinah dan Syeikh Ibnu Baz ketika itu adalah rektor Universiti Islam Madinah. Ketika itu raja Faishal berkunjung ke rumah Syeikh Ibnu Baz. Saat itu raja Faishal berkata kepada beliau,
“Kami akan bangunkan rumah yang layak untukmu”.
Menanggapi hal tersebut, beliau hanya diam dan tidak berkomentar. Akhirnya rumah pun dibangun. Ketika panitia pembangunan mau membuat surat kepemilikan rumah atas nama Syeikh Ibnu Baz beliau berkata,
“Jangan. Buatlah surat kepemilikan rumah tersebut atas nama rektor Universiti Islam Madinah sehingga jika ada rektor baru penggantiku maka inilah rumah kediamannya”.
Syeikh Ibnu Baz itu memiliki daya ingat yang luar biasa. Jika kita bertemu dan mengucapkan salam kepada beliau dan kita pernah mengucapkan salam kepada beliau beberapa tahun sebelumnya maka beliau pasti masih mengenal kita.
Bahkan ada orang yang bercerita bahwa dia bertemu dan mengucapkan salam kepada Syeikh Ibnu Baz setelah lima belas tahun ternyata Syeikh Ibnu Baz masih ingat dengan namanya.
Akan tetapi yang lebih mengherankan adalah kemampuan beliau untuk menghafal jilid dan halaman buku. Bahkan beliau bisa mengoreksi beberapa buku dengan bermodalkan hafalan beliau.
Syeikh Syinqithi, penulis Adhwa-ul Bayan, itu tergolong guru Syeikh Ibnu Baz. Beliau adalah seorang pakar dalam ilmu syar’i dengan kekuatan hafalan yang tidak tertandingi. Syeih Ibnu Baz sering menghadiri ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Syiekh Syinqithi. Beliau kagum dengan cepatnya Syeikh Syinqithi dalam penyampaiannya. Dalam salah satu kaset Syeikh Ibnu Baz mengungkapkan kekagumannya dengan mengatakan, “Maa syaallah. Maa syaallah”.
Satu hari Syeikh Syinqithi sejak usai shalat Shubuh sampai watu dhuha mencari-cari sebuah hadits yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir ada dalam sunan Abu Daud. Beliau bolak-balik kitab sunan Abu Daud namun beliau tidak kunjung mendapatkannya. Syeikh Syinqithi berkata,
“Aku tidak menyalahkan Ibnu Katsir namun aku belum mendapatkannya. Ketika aku sedang asyik mencari tiba-tiba ada orang yang mengetuk pintu. Aku lantas berdiri dan membuka pintu”.
Ternyata Syeikh Ibnu Baz yang datang bertamu. Ketika Ibnu Baz masih di depan pintu dan belum masuk ke dalam rumah, Syeikh Syinqithi berkata,
“Ya Syekh Abdul Aziz, Ibnu Katsir menyebutkan bahwa hadits yang bunyinya demikian dan demikian itu ada di Sunan Abu Daud. Sejak usai shalat Shubuh kucari-cari hadits tersebut namun tidak kudapatkan. Di manakah hadits tersebut?”.
Syeikh Ibnu Baz berkata,
“Ada…ada di kitab ini halaman sekian”.
Syeikh Syinqithi,
“Sekarang silahkan masuk ya Syeikh”.
Syeikh Ibnu Baz memiliki daya ingat yang luar biasa. Ini disebabkan tentunya karunia Allah kemudian beliau adalah seorang yang tidak pernah lepas dari berdzikir. Lisan beliau selalu basah untuk berdzikir mengingat Allah. Beliau senantiasa berdzikir. Ini adalah sebuah realita yang bisa disaksikan oleh orang yang bertemu dengan beliau meski sejenak.
Syeih Ibnu Baz mulai mengisi kajian dan menyebaran ilmu sejak belia. Dalam sebuah wawancara yang dilakukan oleh sebuah majalah yang bernama al Majallah dengan Ibnu Baz terdapat dialog sebagai berikut.
Al Majallah, “Sungguh engkau adalah seorang hakim akan tetapi engkau mendapatkan populariti yang luas berbagai dengan para hakim yang lain. Apa rahasianya?”
Jawaban beliau,
“Kami bertugas sebagai hakim. Setelah jam kerja berakhir kami mengisi berbagai kajian. Kami adakan berbagai kajian keislaman dan kami terus mengajar dan mengisi pengajian sehingga Allah jadian kami manusia yang bermanfaat bagi banyak orang”.
Beliau memang memiliki pandangan khas tentang tugas seorang hakim peradilan syariah. Beliau berpandangan bahwa seorang hakim tidak cukup dengan menjalankan tugasnya di pengadilan. Beliau mencela para hakim yang bersikap semacam itu.
Beliau pernah mengatakan,
“Jika seorang hakim hanya mencukupkan diri memutuskan sengketa tentang unta, keledai, sapi dan kambing atau semisalnya maka tidak ada kebaikan pada dirinya. Bahkan tugas hakim yang paling penting adalah amar makruf nahi munkar, berdakwah, memperbaiki lingkungan sekitarnya, mewujudkan kemaslahatan kaum muslimin dan menghubungkan orang-orang yang memerlukan untuk dihubungkan”.
Ketika Ibnu Baz menjadi hakim di daerah Dalm, beliau memiliki kursi terbuat dari tanah di tengah-tengah pasar. Di situlah beliau memutuskan berbagai sengketa yang terjadi di antara kaum muslimin.
Begitu Sederhana, Hafalannya Luar Biasa | Tegar Di Atas Sunnah:

'via Blog this'

Kurnia Allah Kepada Mereka Yang Berkhidmat Untuk Ibu Bapa !



Salam Sejahtera,
Tiada tuhan hanya Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Tiada daya dan kekuatan hanya Allah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Yang pertama-tamanya kita perlu dahulukan Allah dalam kehidupan seharian kita, amalan kita, perbuatan kita dan segala tingkah laku dan tindak-tanduk kita. Kemudian pula kita contohi sedaya mungkin cara hidup dan budi pekerti Nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan kita. Selepas itu pula ialah ibu bapa kita.
Ibu bapa kita merupakan rahmat kepada kita. Tanpa mereka berdua sudah pasti kita tidak di lahirkan ke dunia. Kasih sayang mereka memelihara, mendidik dan membesarkan kita tanpa penuh jemu dan ikhlas untuk kebaikan kita perlu di hargai dan di hormati.
Doa ibu bapa kita saban malam dan hari membantu kita untuk mudah menjalani kehidupan kita di dunia ini. Amat berkatlah mereka-mereka yang menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka. Memandang wajah mereka pun berkat apa lagi dapat restu dari mereka akan perjalanan, perkerjaan dan perbuataan anda di dunia ini.
Kepada mereka yang BELUM memohon ampun dan restu akan kehidupan mereka mohonlah sekarang selagi ibu bapa anda masih ada. Mohon pada mereka “Halalkan makan minum, ampunkan segala kesalahan dan mohon “IJAZAH” segala ilmu dari dahulu sehingga sekarang”. Insyaallah anda akan dapat “KEBERKATAN” hidup dunia dan akhirat. Insyaallah.
Untuk selanjutnya hayati kisah yang menarik ini perihal Nabi Sulaiman dengan Kubah Ajaib …
Zahiruddin
Nabi Sulaiman Dengan Kubah Ajaib
Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka “Mungkin tersalah tempat”. Tetapi baginda menjawab “Tidak, di sinilah tempatnya”. Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.
Tanya Nabi Sulaiman “Apakah kamu menyelam sehingga ke dasar laut” Jawab Jin Ifrit “Tidak”. Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu.
Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.
Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut.
Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya “Dari manakah mereka ini dan bagaimana mereka datang?”. Pemuda itu merasa kehairanan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya.
Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah redha diatas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah.
Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah redha diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.
Doa kedua-dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut.
Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuanya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.
Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu “Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini” Pemuda itu menjawab “Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi”. Nabi Sulaiman menghitung “. Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun”. Nabi Sulaiman berkata “Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya”.
Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya”. Jawab pemuda tadi “Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini”. Nabi Sulaiman bertanya”Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu” Jawab pemuda itu “Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku”. Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.
Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya “Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya”. Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.
Sumber: http://mukmin.com.my/baca.php?id=55&kategori=6
Kurnia Allah Kepada Mereka Yang Berkhidmat Untuk Ibu Bapa ! « Rezeki Halal:

'via Blog this'

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam:

'via Blog this'

Tipu Daya Iblis Zaman Kini


www.iluvislam.com
Oleh: notakaki
Editor: nazir_dinie




PENDAHULUAN


Surah Al Baqarah [2] : [255]


"(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)."


PENGENALAN


Tipu Daya Iblis Zaman Ini


Pengenalan ringkas antara jin, iblis dan syaitan boleh kita dapati dalam firman Allah yang Maha Tinggi di bawah,


Surah Al Kahfi [18] : 50


"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. "


Di dalam ayat yang lain tentang perkaitan antara iblis dan syaitan,


Surah Al Israa' [17] : 63-64


Allah berfirman (dituju kepada iblis (rujuk ayat 61-62)): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata."


Secara umumnya dapatlah kita ketahui berdasarkan ayat Al-Quran di atas bahawa iblis dan syaitan itu adalah dari golongan jin. Perlu diingatkan sekali lagi, iblis itu adalah dari golongon jin, bukan malaikat seperti yang dinyatakan sebilangan kecil orang yang tersalah faham dan kebanyakan orang yang sesat.


Tipu daya iblis itu berbagai-bagai dan dikerahkan penyokong-penyokongnya untuk menyesatkan umat manusia keseluruhannya tanpa mengira keturunan, pangkat, bangsa apatah lagi agama, kerana memang itulah tujuan iblis yang menginginkan kesesatan seluruh manusia.


Dalam Al-Quran, Allah yang Maha Penyayang berfirman tentang keazaman iblis untuk menyesatkan manusia;


Surah Al Hijr [15] : 39


"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku (iblis) akan menyesatkan mereka semuanya..."


ISI PERBINCANGAN


Mengenali Bisikan Hati


Iblis melancarkan tipu dayanya melalui bisikan-bisikannya ke dalam hati sanubari manusia. Perlu kita ketahui bahawa bisikan di dalam hati manusia itu ada tiga, iaitu;


1. Bisikan Malaikat : Berdasarkan;


Surah Fushshilat [41] : 30


Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."


Malaikat membisikkan agar manusia berbuat kebaikan, mentaati perintah Allah yang Maha Tinggi dan perkara-perkara yang baik dan terpuji. (Rujukan Tafsir Ibn Katsir, dan Tafsir Al-Munir dalam Surah Al-Nas)


2. Bisikan Diri : Berdasarkan;


Surah Qaaf [50] : 16


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,"


Kita berbisik dengan diri kita sendiri dari segi berfikir, citarasa, keinginan samada baik atau buruk dan sebagainya. Dalam satu hadis sahih yang dinukil dari Tafsir Ibn Katsir,


Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala memaafkan apa yang dibisikkan oleh hati umatku, selama ia tidak mengatakan atau mengerjakannya.” (Sahih Muslim, dengan lafaz yang sedikit berbeza)


3. Bisikan Iblis atau Syaitan : Berdasarkan,


Surah Al An'aam [6] : 112


"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu."


Faktor yang ketiga ini adalah yang hendak dikongsi bersama kerana dengan bisikan inilah membuatkan kaum Yahudi sesat, kaum Nasrani sesat, umat Islam sesat dan manusia umumnya, akibat kurangnya keprihatinan terhadap bahayanya.


Cara-Cara Iblis Menyesatkan


Iblis menyesatkan manusia melalui beberapa kaedah yang licik sehingga kita tidak menyedarinya. Penyesatan ini kadangkala mengambil masa yang lama, sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya kita menyangkakan apa yang kita fikirkan adalah benar dan bukannya dari syaitan; antaranya:


Pertama : Memberi nasihat, dan tipu daya ini diakui sendiri oleh syaitan.


Surah Al-A’raaf [7] : 21


Dan ia bersumpah kepada keduanya (Adam dan Hawa) dengan berkata): "Sesungguhnya aku (syaitan) adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".


Sekiranya datang iblis kepada kita secara terang-terangan memberi nasihat, mahukah kita mengikutinya? Tentu tidak. Jadi secara halus iblis itu membisikkan tanpa kita sedari, tapi kita boleh mengenalinya; iaitu dengan ilmu.


Antara contoh nasihatnya (iblis) pada zaman ini;


(a) “Tidak solat pun tak mengapa, selagi kita mengucap kalimah tauhid pasti masuk syurga,” dan yang semaksud dengannya. Mengikut Imam Syafie dan para ulama salaf lainnya, jika orang yang berkata seperti itu beri'tikad bahawa solat itu tidak wajib, maka hukumnya kufur.


Al Baqarah [2] : 80


"Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja." Katakanlah: "Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji Nya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?"


Pernahkah kita membuat janji dengan Allah yang Maha Suci, bahawa kita akan masuk syurga? Atau kita cuma mendengar dari perkataan orang lain atau agak-agak sahaja?


(b) “Masa muda ialah masa untuk enjoy, dah tua nanti baru bertaubat, kerana taubat waktu muda-muda, nanti buat dosa balik.”


(c) “Jangan sebut pasal mati, tak elok, nanti mulut masin” (yakni meyakini kata-kata seseorang yang boleh menyebabkan kemudaratan dan secara tidak langsung mengingkari takdir).


Itu adalah sebahagian contoh dari nasihat dan hasutan iblis kepada kita.


Kedua : Menjadikan keburukan nampak baik dan sebaliknya.


Dalam Surah Al Hijr [15] : 39, Allah yang Maha Tinggi berfirman, Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya"


Antara contoh-contohnya di zaman ini adalah seperti ada orang yang berkata,


(a) “Walaupun aku tidak menutup aurat, tapi hati aku baik dan mengerjakan solat,” dan yang semaksud dengannya.


Sebenarnya perkara ini melibatkan orang Islam yang lain. Terutama kanak-kanak, mereka belajar dari orang dewasa dan mereka menyangkakan tidak menutup aurat itu adalah ‘perkara yang dibolehkan’ dalam agama.


(b) “Kalau kita solat tak khusyuk tak guna jugak, jadi tak perlu sembahyang kerana kita perlu belajar untuk khusyuk dahulu.”


Al Baqarah [2] : 110


"Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan."


Solat itu wajib, dan selepas itu bertawakkal lah;


Surah Hud [11] : 123


"Dan kepunyaan Allah lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepadaNya lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkal lah kepadaNya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan."


Ketiga : Menghalangi jalan yang lurus (jalan kebenaran dan keselamatan dunia dan akhirat).


Berdasarkan Surah Al-A’raaf [7] : 16


Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;


Contoh-contoh di zaman ini dapat kita perhatikan menerusi perkataan syaitan-syaitan dari jenis manusia samada dari orang bukan Islam mahupun orang yang menggelar dirinya ‘orang Islam’.


Surah Al Baqarah [2] : 8


"Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman."


Perkataan orang munafik seperti ini lebih berbahaya kerana perkataan mereka lebih mudah diikuti seperti di dalam;


Surah Al Baqarah [2] : 11


"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".


Surah Al Baqarah [2] :14


"Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: "Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".


Antara kesesatan yang mereka lakukan dalam perkataan dan perbuatan mereka (nampak seolah-olah benar tetapi menyalahi Al Quran) seperti;


(a) “Semua manusia mempunyai hak masing-masing, jadi manusia bebas mengamalkan cara hidup mereka.”


Antaranya orang Islam yang ingin murtad tidak perlu dihukum, lelaki dan wanita bebas berkahwin dengan pasangan sejenis mereka, orang yang berkahwin dengan orang Islam tidak perlu menukar agama mereka, pembahagian harta (faraid) perlu sama antara laki dan wanita dan banyak lagi kesesatan mereka.


(b) “Semua agama menuju pada keamanan dan kebenaran, jadi semua agama adalah benar.”


Kata-kata mereka secara tidak sedar sebenarnya memperlekehkan Nabi Muhammad saw yang berusaha membebaskan manusia dari penyembahan syaitan. Orang seperti ini, kita perlu katakan kepada mereka,


“Kami tidak mengatakan agama lain itu salah, kami cuma mengatakan Allah yang Maha Agung itu tunggal dan wajib kita menyembahnya. Allah yang Maha Mencipta segala sesuatu dari awal kehidupan sehingga kehidupan akan datang dan akhirnya; segala sesuatu dalam takdirNya.


Al Quran pula diturunkan supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan wajib beriman dan beramal dengannya. Nabi Muhammad saw itu pesuruhNya untuk mengajar umat manusia tentang dunia dan akhirat; juga memperjelaskannya berdasarkan wahyu, iaitu Al Quran.”


Al-Ikhlas [112] : 1-4


Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya"


(c) “Penafsiran orang dahulu (merujuk kepada ulama salaf) terhadap Al Quran dan fekah tidak relevan pada masa kini, kita hidup di zaman moden.”


Sebenarnya kita tidak perlu kebaratan untuk menjadi moden. Perkataan merekalah yang tidak relevan, contohnya apabila antara ahli keluarga mereka mati, mereka juga mahu memandikan dan mengafankannya. Kenapa tidak ikut cara moden?





Keempat : Mendatangi dari pelbagai arah.


Surah Al-A’raaf [7] : 17


"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".


Dari Ali bin Abi Thalhah mengatakan dari Ibnu ‘Abbas r.a yang dinukilkan dari Tafsir Ibnu Katsir, maksud;


(a) Iblis datang dari hadapan adalah, iblis yang membuat kita ragu akan kehidupan akhirat.


(b) Iblis datang dari belakang pula, iblis yang akan menjadikan kita cinta kepada dunia.


(c) Iblis datang dari kanan, iaitu iblis yang menjadikan perkara agama kita menjadi samar. Kita akan meragui yang mana dari agama dan yang mana bersalahan dengan agama. Contohnya pergi ke kubur setiap pagi raya, duduk di kubur, berpegang pada adat lebih dari syariat dan lain-lain.


(d) Iblis datang dari kiri adalah iblis yang menjadikan kita hamba hawa nafsu dengan menyukai kemaksiatan.


Kelima : Menakut-nakuti.


‘Ali Imran [3] : 175


Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy)


Syaitan menanamkan rasa takut dalam perasaan kita bahawa dia (syaitan) dan para pengikutnya termasuk dari kalangan manusia, memiliki kekuatan dan pengaruh.


Kita boleh melihat di sekeliling kita. Perhatikan di negara kita sendiri dan di negara luar yang lainnya, betapa umat Islam sekarang dihina, ditindas, diperbudak-budakkan sewenangnya. Kita telah hilang semangat jihad dan rasa kasih sayang sesama Islam.


Mungkin persoalan negara terlalu luas, jadi perhatikan tempat kerja kita, sekolah kita, ekonomi, taraf hidup dan masyarakat kita umumnya, tidakkah anda berasa takut dan gentar pada mereka? Jangan kita berasa takut kerana kita adalah umat pilihan, umat Nabi Muhammad SAW.


Al Baqarah [2] : 143


Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.


‘Ali Imran [3] : 175


"kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman."


Keenam : Angan-angan kosong.


Surah An Nisaa' [4] : 119


"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan..."


Iblis membisikkan kita dengan pelbagai perkara yang mulanya bermanfaat kemudian dirosakkan dengan hasutan dengan janjinya ‘inilah perkara yang benar dan lebih baik’, seperti;


(a) Membuat kenduri atau jemputan makan tahlil, kahwin dan sebagainya. Kemudian dirosakkannya dengan kenduri arwah 40 hari atau 100 hari, dan dalam majlis perkahwinan pula, suami isteri disuruh berpelukan dan diambil gambarnya dan banyak lagi. Malah ada juga yang tidak mahu beribadat ketika masih hidup, kerana berpendapat dia akan terselamat kerana ahli keluarganya akan membuat kenduri tahlil apabila dia mati kelak.


(b) Berikhtiar dalam merawat penyakit atau kesulitan dalam kehidupan. Kemudian dirosakkannya dengan mempercayai bomoh, tangkal, ramalan (rahsia-rahsia tarikh lahir, rahsia tahi lalat), sihir dan seumpamanya.


(c) Bersolat fardhu dan sunat, kemudian dirosakkannya dengan solat tergesa-gesa dan tanpa tamakninah (diam sebentar pergerakan sebelum meneruskan gerak solat seterusnya). Paling menonjol adalah waktu iktidal, ramai yang gagal untuk tamakninah ketika iktidal ini.


(d) Menyambung silaturrahim atau mempererat silaturrahim di facebook dan sejenisnya (blog, myspace dan lain-lain). Kemudian dirosakkannya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, gambar membuka aurat, memfitnah, menyeleweng fakta dan kerosakan lainnya.


Ketujuh : Mengubah ciptaan Allah yang Maha Mengetahui.


Surah An Nisaa' [4] : 119


"...demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata."


Di dalam Tafsir Ibnu Katsir, diterangkan dua perkara mengenai ayat ‘mengubah ciptaan Allah’.


(a) Tentang pengubahan rekabentuk makhluk hidup seperti mengembiri binatang, bertatu, mencukur bulu kening untuk kecantikan dan apa-apa yang diubah keaslian ciptaanNya.


(b) Mengubah perintah Allah yang Maha Mengetahui dan sunnah Rasulullah saw, seperti melebihkan pendapat orang-orang sekalipun telah mengetahui hadis dari Rasulullah saw. Contohnya, tingkatan puasa yang dibolehkan adalah puasa selang sehari (puasa Nabi Daud), tapi kita mengingini puasa tiap-tiap hari.


Contoh lain, kita berasa zikir dari Rasulullah saw itu tidak mencukupi, lalu kita tambah-tambah pada zikirnya, akhirnya zikir dari Rasulullah saw itu kita tinggalkan, dan kita mula meniru zikir orang lain kononnya zikir itu lebih hebat dari zikir dari Rasulullah saw.


Malah kita juga tidak tahu makna dari zikir itu. Kita hanya mengikut-ikut sahaja.


Kelapan : Berkata (dusta) terhadap Allah.


Surah Al-Baqarah [2] : 169


Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).


Perkara yang keji dan jahat itu sudah kita ketahui tentangnya. Tetapi berkata dusta terhadap Allah yang Maha Tinggi tidak ramai sedar mengenainya.


Syaitan membisikkan pada kita agar,


(a) Takut untuk mengatakan tidak tahu dalam soal agama juga soal lainnya, lalu bercakap sesuatu yang tidak kita ketahui (terutama perbincangan kedai kopi). Jadilah umpatan atau fatwa yang menyeleweng.


(b) Mendakwa berlakunya sesuatu musibah itu contohnya gempa bumi di sesuatu kawasan, kerana penduduk di situ banyak berbuat kejahatan. Padahal kuasa Allah yang Maha Perkasa mentakdirkan itu semua.


(c) Seolah-olah mengetahui perkara ghaib atau pasti terhadap perkara yang belum berlaku, seperti,


1. meramal bilakah berlaku kiamat,


2. para motivator yang menaikkan semangat, kononnya kejayaan kita adalah hasil kerja kuat kita atau apa yang kita lakukan pasti berjaya.


Surah Al Qasas [28] : 78


"Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta?....."


(Tidak salah untuk melakukan itu (motivating), tapi jangan sampai menolak takdir dan isikan dengan ayat-ayat Al Quran mengenai bagaimana ciri-ciri orang yang berjaya),


3. selepas kahwin pasti mempunyai anak, dan pelbagai lagi.


KESIMPULAN


Ini hanya beberapa antara kesesatan yang iblis bisikkan, tanamkan dalam hati dan fikiran kita untuk menyesatkan. Kesesatan-kesesatan ini kadangkala tidak kita sedari, kadangkala kita sedar, namun terperangkap dalam suasana masyarakat masa kini.


Bagaimana caranya mengatasi atau melawan tipu daya iblis yang jahat dan licik ini? Antaranya;


(a) Menuntut ilmu. Lengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain kemudian baru ilmu-ilmu yang lainnya dan tanamkan sikap benci menjadi jahil.


Surah Thoha [20] : 114


"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."


Surah Al Hajj [22] : 54


"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."


(b) Berdoa agar jauh dari kesesatan.


Surah Ali ‘Imran [3] : 147


"Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


Surah Al Baqarah [2] : 186


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.


(c) Bersatu hati sesama umat Islam serta berzikir dan sentiasa mengingati Allah yang Maha Penyayang dalam memerangi musuh dari kalangan syaitan jenis manusia dan jin.


Surah Al Anfaal [8] : 45


"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung."


(d) Sentiasa mengingati mati.


Surah Az Zumar [39] : 42


"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir."


(e) Ingatlah bahawa tipu daya syaitan itu sangat lemah. Mereka (syaitan) tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menghasut dan membisikkan sahaja.


Surah An Nisaa' [4] : 76


Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.


Serta ingatlah kita adalah umat terpilih, umat Nabi Muhammad saw.


Surah Ali 'Imran [3] : 139


"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."
Tipu Daya Iblis Zaman Kini:

'via Blog this'