Thursday 29 September 2011

Baca Ayat Ini Untuk Lawan Syaitan Dan Iblis Bila Berakhirnya Ramadhan



Salam.
Berakhir sudah Ramadhan, maka terlepaslah sudah musuh utama kaum mukmin - syaitan dan iblis. Kali ini mereka merdeka untuk kembali menghasut dan membisikkan kejahatan dalam hati manusia. Awas dengan makhluk Allah ini yang telah bersumpah untuk terus terusan menyesatkan anak Adam a.s.

Maka, mari sama-sama kita tingkatkan benteng diri setelah kita perkuatkan dengan segala macam perisai semasa Ramadhan yang baru merangkak pergi. Mari amalkan ayat berikut untuk memastikan syaitan dan iblis tidak mudah merasuk hati kita.

Ayat yang ingin dikongsikan ini diturunkan setelah hijrah. Hebatnya ayat ini, semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Moh sama-sama kita amalkan.
Selamat Hari Lebaran 2011.


Baca selengkapnya: Baca Ayat Ini Untuk Lawan Syaitan Dan Iblis Bila Berakhirnya Ramadhan | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial Share AlikeBaca Ayat Ini Untuk Lawan Syaitan Dan Iblis Bila Berakhirnya Ramadhan | HASRULHASSAN.COM™:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment