Dengan nama ALLAH, pak cik memulakan post. Kali ini kita akan bercakap tentang tipu daya syaitan. Ya, sebuah tipu daya yang sangat halus. Lebih halus dari tepung, lebih tersembunyi dari tripwire. Jika seiapa tak berhati hati dengan tipu daya syaitan ini, maka dia akan terkandas dalam jurang kehancuran
Era Permulaan Tipu Daya Syaitan
Perangkaan tipu daya syaitan ni da lama bermula sejak nabi Adam AS mendarat di bumi. Ya, dulu iblis seorang je goda, namun disebabkan banyaknya anak nabi Adam AS ni, maka membiaklah iblis dengan anak setannya melalui persetubuhan mereka antara lutut ke lutut.
Perbagai tipu daya syaitan ini dibuat oleh iblis. Halus ada kasar ada. Tapi biasanya halus. Orang yang biasa berbuat dosa dosa kecil takkan terasa bahawa ini adalah godaan syaitan, malah ia merasakan ianya datang dari diri sendiri.
Konvensyen Tipu Daya Syaitan
Iblis laknatullah sedar yang kalau dia attack atau menyerang terus titik pertahanan utama orang islam, iaitu iman dan akidah kita, dia mungkin akan tumpas. Iblis laknatullah tu hidup berzaman, da tua, lebih tua dari dunia ini sendiri. Jadi, dia memahami bagaimana selok belok perasaan dan keinginan manusia sebab zaman berzaman dia memerhati manusia.
Kita sedang berhadapan dengan tipu daya syaitan yang iblis rangka beribu ribu tahun dahulu. Cara iblis menghancurkan manusia adalah sangat bijak. Dia akan merosakkan umat islam dengan merosakkan unit individu islam itu sendiri. Kemudian ia akan membawa kepada perpecahan keluarga. Bermula dari perpecahan keluarga, maka akan membawa kepada keruntuhan umat.
Tipu daya syaitan akan bermula dengan menjauhkan diri manusia daripada ALLAH. Bagaimana? dengan mensibukkan diri manusia dengan perkara urusan harian. Iblis menyuruh setan menghasut supaya manusia ini selalu berbelanja. Apabila selalu berbelanja, maka, strategi kedua adalah berhutang dan terus berhutang. Korang dapat tengok kan macamana hidup orang berhutang.
Setelah itu, tipu daya setan akan memasuki fasa seterusnya yang mana didedahkan dengan pelbagai muzik yang lagho, dan dipasang setiap hari pagi dan petang, siang dan malam hingga diri ini dah terbiasa untuk mendengar muzik muzik ini hinggakan mendengar azan dan al Quran pun terasa janggal.
Setelah manusia ini dihancurkan melalui pengalihan fokus dari muzik Al Quran, tipu daya syaitan akan berarah kepada penghancuran institusi kekeluargaan. Mereka akan disibukkan dengan berbagai pekerjaan sepanjang hari hingga kan di malam hari terasa hambar dan janggal disebabkan terlalu penat. Bila begitu, hubungan antara anak isteri dan ayah akan rapuh. Anak akan derhaka, isteri akan curang, ayahnya sendiri mencari keseronokan diluar rumah.
Mengatasi Tipu Daya Syaitan
Setelah kita menyedari bahawa tipu daya syaitan itu bermula dari unit individu, maka adalah kewajiban kita untuk menjaga apa yang wajib bagi diri kita. Sesungguhnya, perkara paling asas untuk melawan tipu daya syaitan adalah mengikut dengan patuh 5 rukun islam. Jika kita menjaganya, maka terpeliharalah akidah kita.
Semoga hari ini, kita mengetahui bahawa kita bukanlah hidup didalam dunia yang indah, tetapi dunia peperangan yang tiada sempadan. Moga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca mengenai tipu daya syaitan
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment