Kisah benar pengamal perubatan Islam di Gombak, Hj Lokman. Ikuti cerita seterusnya
Dalam tahun 2008, saya pernah mengubati seorang pesakit. Di dalam coretan ini saya namakan sebagai Pesakit A. Pesakit A sudah berumahtangga. Pesakit A ini telah lama menghidapi penyakit misteri, di mana kadang kala datang beberapa ekor iblis yang akan masuk ke dalam badan Pesakit A ini dan menguasai diri pesakit. Semasa iblis menguasai pesakit itu, dia tidak akan sedar tetapi pesakit itu boleh membuat kerja seharian seperti memandu kereta, bertugas di tempat kerja, menjaga anak di rumah, bercakap di talipon dan sebagainya termasuklah menghantar dan membalas SMS. Iblis yang memasuki badan Pesakit A boleh membuat semua kerja-kerja harian pesakit itu tapi pesakit itu tidak menyedarinya. Sukar untuk dipercayai tapi ia boleh berlaku.
Satu hari di bulan November 2008, pesakit A ini membuat temujanji untuk datang ke klinik saya bersama isterinya dan dia juga bercadang untuk turut membawa ibunya untuk berubat di klinik saya. Ibu Pesakit A ini tinggal di tempat lain dan pada malam itu ibu pesakit A ini akan dibawa oleh kakak Pesakit A. Temujanji telah dibuat dengan saya agar Pesakit A serta ibunya akan datang ke klinik saya selepas waktu isyak pada jam 9 malam. Mereka bercadang untuk datang berasingan. Pesakit A akan datang dari rumah dia bersama isterinya menaiki kereta Pesakit A. Kakak Pesakit A pula akan menghantar ibu Pesakit A ke klinik saya dengan menaiki kereta dia sendiri.
Malam itu saya menunggu kedatangan Pesakit A dan Ibu Pesakit A sehinggalah jam 12.30 malam. Berulang-kali saya menalipon Pesakit A dan juga isteri Pesakit A untuk bertanya samada mereka akan datang atau tidak, tetapi panggilan talipon saya tidak diangkat. Selain daripada menalipon, saya juga menghantar sms kepada talipon bimbit Pesakit A dan talipon bimbit isteri Pesakit A tetapi tidak ada jawapan dari kedua-duanya. Kakak Pesakit A pun tidak sampai dan saya tidak mempunyai nombor taliponnya untuk dihubungi.
Keadaan ini memang pelik kerana kebiasaannya, Pesakit A akan membalas panggilan talipon saya.
Tiba-tiba jam12.45 malam, saya terima sms daripada talipon bimbit Pesakit A. Rupa-rupanya iblis telah menguasai diri dan badan Pesakit A awal-awal lagi dan melalui Pesakit A, iblis itu telah menghantar sms kepada saya. Di bawah ini saya tuliskan sms yang saya terima dari iblis tersebut pada malam itu:
SMS DARI IBLIS YANG PERTAMA :
“Manusia busuk, aku telah berhasil menghalang mereka semua datang kerumah mu. Aku bikin pingsan kakaknya yang membawa ibunya di jalanan. Dan isterinya telah ku menterai agar menjadi capek pegel dan tidak lagi mampu untuk menggagahkan diri bangkit menentang aku dengan ancaman ayat ayat yang diturunkan oleh penguasa petala langit dan bumi. Hingga ke saat ini isterinya tidak lagi mampu untuk membuka matanya yang telah aku menterai agar tidak mampu mengancamku. Aku akan berusaha keras supaya kau capek dan bosan untuk ikut campur dalam segala apa yang telah aku usahakan dan menghadapi permainan ini. Kau nantikan saja hasilnya nanti samada kau atau aku yang akan undur dan aku akan pastikan kau dan kawan dia seorang lagi tu akan jauh dari keluarga ini. Kau belum mengenal aku dengan begitu dalam sekali.”
JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Iblis! Aku cabar kau iblis datang ke rumah aku malam ini. Dengan pertolongan Allah , aku akan musnahkan kau Iblis!”
SMS DARI IBLIS YANG KEDUA :
“Lancang mulutmu. Aku sedikit pun tidak gentar padamu. Patuhi lah peringatanku dan jangan ikut campur merawat dia dan keluarganya”.
JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Iblis, kalau kau berani dan gagah, kau jawab bila aku talipon kau!”
SMS DARI IBLIS YANG KETIGA :
“Omong kosong, sebelum ini aku berdiam diri kerna aku ingin mengenal hatimu yang macam apa dan atas dasar apa kau membantu dia sekeras kerasnya. Aku tidak akan izinkan kau berbicara dengan dia dari semalam hingga kesaat ini dan seterusnya. Kau tidak akan tahu ketahui rencana permainanku. Kau harus memberi peringatan kepada isteri mu supaya jangan pernah lagi mendekati atau berhubungan dengan isteri dia. Aku tidak akan mengizinkan. Andai engkau tidak tunduk pada perintahku, makanya aku akan terus terusan menyiksa dia dan keluarganya. Aku akan kembalikan isterinya kepada ibunya.”
SMS DARI IBLIS YANG KE EMPAT :
“Engkau jangan ikut campur urusanku. Guruku telah mengetahui segalanya. Kau tidak akan bisa menewaskan kesaktian guruku. Aku mendapat perintah dari guruku supaya memberikan kau peringatan keras makanya jangan kau cobak untuk menentang guru jika kau tidak mahu hidupmu diancam.”
JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Engkau dan guru kau pergi jahanam! Dengan keizinan Allah, akan aku hancurkan engkau dan guru engkau!”
SMS DARI IBLIS YANG KE LIMA :
“Lancang mulut mu. Perguruan gerondong durjana tidak gampang untuk mampus dengan ancaman kalian yang mampus itu bukan dari kumpulan guru tapi dari kumpulan tolol kerana gurunya telah mampus dan mereka tidak dapat petunjuk.”
Begitulah dialog sms saya dengan iblis tersebut yang terdapat di dalam Pesakit A pada malam itu. Pada keesokan harinya, saya mendapat panggilan talipon dari Pesakit A yang memohon maaf sebab tidak dapat datang ke klinik saya pada malam tadi. Pesakit A memberitahu saya yang dia, isteri dan anak dia telah tertidur dari selepas magrib malam tadi sehinggalah ke pagi hari. Pesakit A juga memberitahu bahawa kakaknya yang hendak membawa ibunya ke klinik saya pada malam tadi, telah pengsan semasa memandu kereta dalam perjalanan ke klinik saya. Nasib baik kereta yang dipandu dapat diberhentikan di tepi jalan raya di bawah sebuah jejambat. Ibu Pesakit A dapat menalipon abang Pesakit A untuk memberitahu hal yang telah berlaku. Abang Pesakit A datang mencari mereka dan berjaya menemui tempat di mana kereta itu berhenti dan membawa mereka pulang ke rumah mereka.
Jadi apa yang diberitahu oleh iblis di dalam sms yang diterima pada jam 12.45 malam tadi adalah benar-benar berlaku. Kejadian yang berlaku telah dirancang terlebih dahulu oleh iblis agar Pesakit A, isteri , ibu dan kakaknya gagal untuk datang ke klinik saya pada malam itu. Iblis menggunakan badan Pesakit A pada malam itu untuk berkomunikasi dengan saya melalui sms talipon bimbit Pesakit A. Tetapi yang anehnya, selepas iblis menghantar semua sms melalui talipon bimbit Pesakit A, semua pesanan sms yang dihantar kepada saya atau diterima dari saya telah dipadamkan dari talipon bimbit itu oleh iblis itu. Bila saya tanya Pesakit A pada keesokan hari berkenaan pesanan sms tersebut, Pesakit A langsung tidak mengetahui tentang pesanan sms berkenaan dan salinan sms itu tidak ada di dalam talipon bimbit dia.
Kisah yang saya ceritakan di atas adalah kisah benar dan pengajaran yang hendak saya sampaikan di sini adalah berkenaan pengaruh jahat dan dasyatnya kuasa iblis dan syaitan. Iblis boleh mendorong kita untuk membuat apa sahaja tetapi yang boleh melawan pengaruh iblis itu adalah iman dan akal fikiran kita. Tuhan memberi kita otak dan akal fikiran untuk kita fikir apa yang baik dan apa yang tidak baik. Sekiranya iman kita kuat dan kita patuh akan perintah Allah SAW, insyaAllah kita kita dipelihara daripada pengaruh iblis dan syaitan. Walau bagaimanapun kita jangan “under estimate” apa yang iblis boleh lakukan kepada kita.
Saya percaya banyak kes-kes pelik dan kes-kes misteri yang berlaku seperti kes pembunuhan beberapa beberapa orang ahli keluarga di Negeri Sembilan baru-baru ini adalah kerana pengaruh iblis. Olek kerana orang yang siuman tidak akan melakukan pembunuhan sedasyat itu. Iblis dan syaitan adalah musuh kita dan iblis telah berjanji akan menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat. Tetapi kadangkala bukan iblis yang boleh mendorong kita membuat maksiat dan dosa, tapi nafsu dalam diri boleh mempengaruh kita membuat benda-benda yang tidak baik. Mengawal nafsu adalah salah satu dari dugaan kita.
Hj. Lokman Kisah Benar SMS Dari Iblis:
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment