Pada jumaat hari ni, khutbah kita, cewah, khutbah lak, berangan je pak cik ni. Hari ni pak cik akan berceloteh mengenai iblis laknatullah, yang mana dialah musuh utama kita. Tapi , pelikkan, walaupun suma orang kata iblis laknatullah ni musuh diorang, tapi wat gak apa yang musuh diorang ni suruh.
Iblis Laknatullah, Hamba Soleh Yang Terbuang
Ya, sememangnya, sebelum iblis ini dilaknat, ianya seorang ketua malaikat, yang kini digantikan oleh Jibril AS. Ibadatnya lebih hebat dari semua malaikat yang ada. Asal mulanya dijadikan oleh api, menunjukkan kehebatan ciptaan iblis ini. Dan namanya yang baik adalah Azaziil.
Namun, bila ALLAH menciptakan manusia, insan dan ruh, lalu dibangkitkan Adam dari bangunnya, lalu ALLAH menyuruh si Azazil sujud kepada Nabi Adam AS. Azazil enggan sujud pada nabi Adam. Dia memikirkan dialah sebaik baik kejadian, dan dialah yang patut disujud oleh Adam.
Walhal, Azazil tidak mengetahui bahawa, bukanlah ALLAH itu suruh sujud pada Adam untuk menghormatinya, tetapi adalah tanda sujud sembah kepada kekuasaan ALLAH SWT. Allah telah berkata bahawa “Manusia itu adalah RahsiaKu” dan “Ruh itu adalah RahsiaKu”. Ini menunjukkan bahawa manusia itu terlalu dekat penciptaannya dengan ALLAH taala.
Akhirnya, Azazil dibuang dan diberi Iblis Laknatullah. Wajahnya yang cantik ditukar kepada seburuk buruk kejadian. Neraka yang tak berpenghuni telah dihuni oleh Iblis. Maka iblis pun membiakkan anak anak nya yang dinamakan Syaitan.
Iblis dan Setan Bersumpah Memusnahkan Manusia
Ya, sekarang ni korang mesti da tau kan, memang kerja iblis dan setan ini adalah merosakkan manusia. Pak cik akan ungkai strategi mereka dalam menghapuskan manusia ini. Ia terdapat dua jenis serangan dari iblis dan syaitan ini. Pertama adalah serangan terus. Serangan terus ni boleh korang tengok dengan sifat malas korang nak solat, perasaan dengki pada kawan kawan, mencuri dan sebagainya. Serangan terus dari iblis dan setan ini senang untuk dikesan kerana kebanyakannya adalah dosa dosa yang ditulis di dalam Al Quran.
Serangan kedua adalah sebuah serangan tahap tinggi yang mana melibatkan pemusnahan manusia dari dalam. Ini adalah teknik godaan iblis dan setan yang terhebat iaitu memusnahkan manusia dari dalam. Mereka telah mencambahkan benih benih kebencian di dalam hati hati manusia. Iblis dan setan ini menyamar menjadi cahaya untuk menyesatkan manusia yang mencari cahaya.
Sebagai contoh adalah semasa solat. Masa solat, korang akan dikacau oleh nafsu yang celaka degil, dan syaitan yang suruh korang ingat pasal world cup. Korang pun bermampus mampusan melawan semua godaan tu, sampai syaitan fedap.
Then datang iblis, dia pun menggunakan teknik yang paling halus. “Ko solat la sampai habis, aku tak kesah, da tak larat da”, mafhum iblis cakap camtu. Kita ni memang khusyuk solat ni, habis solat lepas doa, tersenyum kita dan cakap, hmm, dapat juga aku lawan godaan iblis dan syaitan ni.
Disaat kita melafazkan kata kata begitu, maka bersorak sorailah iblis dan setan ini kemenangan. Ya, mereka tak dapat membatalkan solat korang, tapi diorang dah pun berjaya mencabut “hakikat solat” dari diri korang. Solat korang tadi hanya sah dari Fekah, tetapi kosong. Ikhlas telah dicabut, dan korang langsung tak perasan.
Sedangkan Iblis Laknatullah sendiri Berzikir
Walaupun diberi title iblis laknatullah, namun, diorang ni tetap berzikir kepada ALLAH, namun, iblis tidak mengadun Istighfar dan solawat kerana dia berasa benci dengan keturunan Adam AS. Jadi, malulah wei, sedangkan iblis laknatullah pun berzikir.
Ada masa, pak cik akan post pasal, Konvensyen Perjanjian Iblis Syaitan
Iblis Laknatullah Memaju Tentera Mereka | Kajian Ilmu Ghaib:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment