Sunday, 16 October 2011

(6) balasan meninggalkan solat

(6) balasan meninggalkan solat:
by Solat itu tiang Agama Islam

Orang yang meninggalkan sembahyang dan orang yang meringankan sembahyang disiksa 15 perkara iaitu 6 perkara didunia, 3 perkara dikala hendak mati, 3 perkara di alam kubur dan 3 perkara apabila bertemu dengan Allah.

1.Hidupnya (umur) tidak berkat

2.Mengaku sahaja Islam, tapi sering meninggalkan sembahyang dan melewatkan waktu, perkara ini ditanya oleh sahabat nabi berhubung dengan perkara tersebut di atas.

“YA Rasullallah, apakah seksa orang yang meninggalkan sembahyang dan melewatkan sembahyang.

Orang yang melewatkan sembahyang itu hukumnya haram berdosa.

Seksa orang itu, Allah taala akan membalasnya dengan 15 seksa,

6 seksa di dunia,

3 diseksa diterima ketika hendak mati,

3 seksa berlaku di dalam kubur.

3 seksa diterima semasa hari kiamat.

Yang pertamanya, bersabda rasul (saw) dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong) Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi menfaat dalam hidupnya.

Yang keduanya, Allah taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.

Yang ketiganya, Segala apa ja kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah taala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.

Yang keempatnya, Tidak makbul oleh Allah taala akan doanya., Doa ditolak.

Yang kelimanya, Tidak diakui ia masuk golongan Islam. Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.

Yang keenamnya, Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.

MUHASABAHLAH DIRI DAN SELAMATKAN DIRI KITA DARI AZAB DUNIA DAN API NERAKA YANG TERAMAT PEDIH. MASIH SEMPAT UNTUK KITA MELAKUKANNYA.

'via Blog this'

Hukum Melewatkan Solat

العلماء ورثة الأنبياء: Hukum Melewatkan Solat:
Mari Renung Sejenak Bersama Al-Faqir


Perbuatan melewatkan sembahyang dengan sengaja adalah ditegah/dilarang dalam Islam. Sekiranya tidak sengaja, maka yang demikian dimaafkan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Perkara ini disebut oleh Allah sendiri di dalam Al-Quran yang bermaksud "celakalah orang2 yang sembahyang yakni orang2 yang meringan2kan sembahyangnya" surah Al-Ma'un dan oleh Nabi s.a.w. di dalam sabda baginda "perkara yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya".

Berdasarkan firman Allah di atas, para ulama' menafsirkan ayat tersebut iaitu pada kalimah "lilmusollin" yang bermaksud orang yang melewatkan sembahyangnya sebagai contoh "subuh badak". Perbuatan yang lazim orang amalkan dan sukar untuk ditinggalkan. Perkara ini ditafsir oleh sahabat Nabi sendiri iaitu Ibnu Abbas sebagaimana yang diriwayatkan dalam tafsir At-Tobari yang merupakan kitab rujukan pertama di atas muka bumi.

Berkenaan melewatkan solat ini juga diceritakan sendiri oleh Nabi s.a.w tatkala beliau melihat dengan mata kepala beliau sendiri ketika peritiwa Isra' dan Mi'raj. Nabi diperlihatkan bagaimana orang yang selalu melewat2kan solatnya di atas muka bumi dahulu, mereka menghantut kepala mereka pada batu yang besar sehingga berkecai kepalanya lalu tumbuh kembali, kemudian dihantuknya lagi dan begitulah sehingga lunas dosa2nya.

Apabila ditanya kepada Jibril, itulah dia ummatmu yang sayang tempat tidurnya daripada bangun untuk solat sekaligus menggambarkan kepada kita perihal/balasan melewatkan solat subuh. Itulah sebahagian daripada gambaran2 yang diperlihatkan oleh Allah kepada kekasihNya Muhammad s.a.w. untuk diberitakan kepada ummatnya agar bisa mengambil tauladan/pengajaran sebagai pedoman kehidupan. Ini diceritakan oleh Syeikh Taha Afifi dalam "wasoya Rasulullah".


Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Mohon bimbingan/tunjuk ajar
Kuliah Usuluddin, Kaherah
'via Blog this'

Tanda-tanda Yang Menunjukkan Sesorang Itu Ada Saka


Penawar.com » Tanda-tanda Yang Menunjukkan Sesorang Itu Ada Saka:


Di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada saka adalah seperti yang dinyatakan berikut:

1. Gejala pada waktu tidur:

  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
  • Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi berada di tempat sunyi.
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
  • Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi.
  • Merintih dan menangis ketika tidur.

2. Gejala pada waktu jaga:

  • Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
  • Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
  • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
  • Lenguh di sendi-sndi utama.
  • Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagaikanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
  • Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
  • Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
  • Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.

Cara mudah untuk mengetahui samada seseorang itu mempunyai saka atau tidak:

  • Perhatikan samada mengalami salah satu gejala yang tertera di atas.
  • Jumpa pengamal Rawatan Islam.
  • Selidiki keturunan sebelumnya samada dari sebelah ibu atau bapa hingga datuk,nenek, moyang dan ke atas. Adakah ada di kalangan mereka itu menagamalkan ilmu-ilmu berikut:

- bomoh

- bidan kampung

- guru silat

- pegamal ilmu kebatinan

- pengamal ilmu pengasih, pemanis dan sebagainya

Sebaik-baiknya berjumpa dengan perawat. Selidik dengan teliti masalah yang melanda kerana terkadang gangguan saka dan sihir berkaitan di antara satu sama lain. Jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa tetapi berikhtiarlah untuk menghapuskan saka tersebut dengan kaedah Islam. Tingkatkan iman dan amal soleh supaya mendapat lindungan dan pertolongan Allah s.w.t.

Jangan sekali-kali mencari penawar atau rawatan yang bercanggah dengan syarak yang boleh menjerumuskan ke lembah syirik. Berubatlah dan beramallah. Jangan putus asa jika masih belum berhasil mengatasi masalah gangguan saka. Terus berikhtiar dan memohon kepada Allah s.w.t.

'via Blog this'

Waspadalah Tipu Daya Syaitan

Waspadalah Tipu Daya Syaitan « Ibnu Mubarak Allaitsi:


Oleh: Ari Mardiah Joban

Siapa syaitan itu? apakah dia itu haqiqi atau maknawi?! atau dia adalah pemikiran yang buruk dan yang membisikan kejahatan seperti yang disangkakan oleh sebagaian orang? atau syaitan hanyalah ibarat sebuah kejahatan?!
Apa pendapat yang benar tentang masalah ini?!
Yang benar adalah Syaitan termasuk dari golongan jin sebagaimana Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا
dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Ada, Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, Maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil Dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zhalim.(QS. al-Kahfi:50).
Hendaknya kita percaya akan keberadaan jin sebagaimana kita percaya akan keberadaan manusia, dan syaitan itu dari golongan jin sebagaimana disebutkan pada firman Allah diatas. Syaitan akan selalu bersama manusia. Dan setiap manusia ada syaitan yang menyertainya. Adapun dalil yang menerangkan hal itu adalah sabda Nabi Shalallahu a’laihi wasallam:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:{ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنْ الْجِنِّ قَالُوا: وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: وَإِيَّايَ ,إِلَّا أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ } ) رواه مسلم 2814)
Dari Ibnu Mas’ud Radhiallahu a’nhu berkata: Rasulullah Shalallahu a’laihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang pun dari kalian melainkan dikuasai pendamping dari kalangan jin.” Mereka bertanya: “Apakah engkau juga, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Aku juga termasuk, hanya saja Allah membantuku mengalahkannya lalu ia masuk Islam. Ia hanya memerintahkan kebaikan padaku.” (HR. Muslim no. 2814).

Yang dimaksud pendamping di sini adalah yang terus-menerus bersamanya. Pendamping dari kalangan jin ini terus-menerus menyertai seorang muslim untuk menyesatkan dan menyimpangkannya dari jalan yang lurus. Dan dia selalu membisikkan kejahatan kepada manusia, sebagaimana AllahSubhanahu Wa Ta’ala menerangkan didalam surat
an-Naas:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)
1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia.
4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6. dari (golongan) jin dan manusia.

Dalam surat ini dijelaskan, yang selalu memberikan was-was (berbagai kerancuan) dalam hati manusia adalah setan dari kalangan jin dan juga manusia. dengan demikian ayat inimenunjukan bahwa syaitan tidak hanya dari kalangan jin semata melainkan juga dari kalangan manusia.
Sebagaimana hal ini dapat dilihat dalam ayat lainnya, AllahSubhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).” (QS. al-An’am: 112).
Oleh karena itu Rasulullah Shalallahu a’laihi wasallammengajarkan kita untuk selalu membaca surat an-Naas pada setiap selesai sholat, dzikir pagi dan petang dan ketika menjelang tidur agar kita terhindar dari bisikan syaitan.
Jika kita mengkaji al-Quran maka akan kita dapati banyak sekali ayat al-Quran yang menerangkan bahwa syaitan adalah musuh manusia yang nyata, diantaranya firman Allah Ta’ala:
وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
“ dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (QS.al-Baqarah: 168)
dan juga firmannya:
وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
“ dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (QS. az-Zukhruf: 62)
Dan masih banyak lagi ayat yang memperingatkan kita untuk berpaling dari syaitan, karena syaitan akan terus berupaya dandia menggunakan segala macam cara yang dia mampu untuk menyesatkan manusia hingga hari kiamat. hal ini telah diterangkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam firmannya:
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ () إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis [1] di antara mereka”.
[1] Yang dimaksud dengan mukhlis ialah orang-orang yang telah diberi taufiq untuk mentaati segala petunjuk dan perintah AllahSubhanahu Wa Ta’ala

Setelah kita mengetahui dengan jelas bahwa syaitan adalah musuh yang nyata bagi kita, tentunya kita harus berhati-hati dan waspada darinya. Dan agar kita bisa terhindar dari tipu daya syaitan sepatutnyalah kita mengetahui tempat masuknya syaitan dalam diri kita, sehingga kita dan menepisnya dan berusaha semaksimal mungkin untuk menghalanginya. adapun tempat masuknya syaitan pada diri manusia banyak caranya, namun dalam tulisan ini saya berusaha menyebutkan beberapa tempat yang biasa dilalui syaitan untuk menyesatkan manusia. diantaranya:
1. Syaitan masuk melalui adu domba antara kaum muslimin dan melalui prasangka buruk.
Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahwasanya Rasulullah Shalallahu a’laihi wasallambersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يَعْبُدَهُ الْمُصَلُّونَ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَلَكِنْ فِي التَّحْرِيشِ بَيْنَهُمْ ( رواه مسلم 2812)

Sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk disembah oleh orang-orang yang shalat di jazirah arab, akan tetapi dia mengadu domba di antara mereka.” (HR. Muslim no. 2812)
Syaitan akan selalu mencari celah agar bisa menyesatkan manusia, sekecil apapun celahnya, dia akan berusaha menerobosnya, sampai jika dia telah berputus asa, maka dia akan mengadu domba diantara kaum muslimin.
Di antara bentuknya adalah mereka melemparkan fitnah dan permusuhan di tengah-tengah manusia, karena hal itu bisa menyebabkan umat manusia saling membenci, menjauhi, memutuskan hubungan, bahkan sampai berperang. Karenanya wajib atas setiap muslim untuk waspada dari semua fitnah yang dilemparkan oleh syaitan ke tengah-tengah kaum muslimin, karena hal itu bisa memecah belah dan melemahkan persatuan mereka.
Hendaknya Kaum muslimin mengingat bahwa tujuan terbesar dari Iblis (syaitan) adalah agar umat manusia melakukan kekafiran dan kesyirikan kepada Allah Ta’ala. Akan tetapi jika mereka tidak sanggup karena banyaknya ilmu agama yang tersebar di tengah-tengah kaum muslimin, maka langkah terakhir mereka guna untuk menghancurkan kaum muslimin adalah dengan menebarkan kebencian dan adu domba di antara mereka. Lalu selanjutnya yang akan dilakukan syaitan yaitu menimbulkan prasangka yang buruk pada hati setiap kaum muslimin. hal ini sebagaimana yang di gambarkan Rasulullah Shalallahu a’laihi wasallam dalam hadits shahih dari Anas mengenai kisah Shofiyah yang mengunjungi Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan saat itu beliau sedang i’tikaf. Ketika itu beliau keluar bersama Shofiyah karena waktu itu malam hari untuk menemaninya ke rumahnya. Di tengah jalan, Nabi ditemui oleh dua orang Anshor. Ketika mereka berdua melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka lantas berjalan dengan cepatnya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallamlantas bersabda:
« عَلَى رِسْلِكُمَا إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَىٍّ » . فَقَالاَ سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَالَ « إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنَ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ ، وَإِنِّى خَشِيتُ أَنْ يَقْذِفَ فِى قُلُوبِكُمَا سُوءًا – أَوْ قَالَ – شَيْئًا »
“Hendaklah kalian pelan-pelan saja jalannya. Ini adalah Shofiyah binti Huyay (istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam).” Mereka berdua pun lantas mengatakan, “Subhanallah (Maha Suci Allah), wahai Rasulullah.” Beliau lantas bersabda, “Sesungguhnya syaitan mengalir dalam diri manusia di tempat mengalirnya darah. Aku sungguh khawatir jika kejelekan telah merasuk ke dalam hati-hati kalian – atau hati kalian berkata sesuatu -.” (HR. Bukhari no. 3281 dan Muslim no. 2175, dari Shofiyah binti Huyay).

2. Syaitan masuk menghiasi perbuatan bid’ah pada diri manusia.
Syaitan akan masuk melalui jalan ini dan berkata kepada manusia bahwa orang-orang pada zaman sekarang telah jauh dari agamanya maka hendaknya kita menambah amalan atau ibadah(yang tidak ada syariatnya), agar mereka kembali kepada agama, dan syaitan akan terus mengatakan tambahkanlah amalan, karena dengan banyaknya amalan adalah sebuah kebaikan. Padahal amalan ibadah tidak hanya tergantung dari banyak atau tidaknya, amalan seseorang baru akan diterima jika terpenuhi dua syarat:
1. Ikhlas karena Allah Ta’ala
2. Ittiba’ yaitu: Sesuai dengan tuntunan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam.
Jika seseorang menambah amalan atau mengada-ada dalam beribadah ini adalah perbuatan bid’ah, sedang perbuatan bid’ah itu akan menjerumuskan orang kedalam kesesatan yang pada akhirnya akan di jerumuskan kedalam api neraka. Dan Syaitan akan selalu menghiasi jalan ini dan menganggap hal ini merupakan suatu kebaikan hingga manusia kedalam kesesatan.
3. Syaitan akan masuk melalu pintu kesempurnaan
Syaitan akan menipu manusia dengan membuatnya merasa sempurna, dan merasa dirinya lebih baik daripada orang lain. sehingga akan muncul rasa sombong dan berbangga diri serta merendahkan orang lain.
4. Syaitan akan masuk melalu pintu ketakutan
Dalam hal ini syaitan akan memberikan rasa takut kepada manusia dengan dua cara;
1. Takut dari wali-wali syaitan
Syaitan akan memberi rasa takut kepada manusia dari bala tentaranya, sehingga syaitan berkata: Hati-hatilah dari mereka, mereka mempunyai kekuatan yang besar. hal ini telah diterangkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam firmannya:
إِنَّمَا ذَلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“ Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman. ”(QS. Ali-Imran: 175).
2. Takut dari kemiskinan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ
syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir). ” (QS. al-Baqarah: 268)
Syaitan akan menghiasi rasa takut akan kemiskinan dalam hati manusia sehingga manusia menghalalkan berbagai cara untuk mendapatkan harta, tanpa menghiraukan jalan yang ditempuh padahal dia seorang muslim. Dalam hal ini syaitan akan tertawa jika mendapati seorang muslim melakukan hal tersebut, padahal disisi lain Allah telah menjelaskan kepada kita dalam firmannya:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا () وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“ Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. at-Thalaq: 2-3).
Maka yang seharusnya dilakukan seorang muslim adalah berusaha dengan jalan yang benar dan halal kemudian bertawakal kepada-Nya, insya Allah, Allah akan memberi rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka sesuai janjiNya.
-> Adapun sarana yang dapat membantu syaitan dalam melakukan tugasnya yaitu:
1. Kebodohan
2. Hawa nafsu dan lemahnya keikhlasan dan lemahnya agama.
3. lalai dalam memperhatikan tempat masuknya syaitan.
-> Adapun penghalangnya yaitu:
1. keimanan kepada Allah Ta’ala
2. Menuntut ilmu syar’i yang benar
3. Ikhlas dalam beragama
4. Berdzikir kepada Allah Ta’ala serta selalu meminta perlindungan dari syaitan yang terkutuk.
Mudah-mudahan kita semua dapat terhindar dari tipu daya syaitan. Wallahu Ta’ala A’lam.
'via Blog this'

Friday, 14 October 2011

JANGAN KAHWIN YANG 6


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin
JANGAN KAHWIN YANG 6:

'via Blog this'

Thursday, 13 October 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR





Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
© S E B A R K A N W A L A U S A T U A Y A T █║▌│█│║▌║││█

Wednesday, 12 October 2011

Kisah Syaitan Yang Sedang Menangis

by Marilah Sholat, STOP Fesbuk Saat Adzan

Dikisahkan pada zaman Sayyidina Umar ra, beliau mendengar suara tangisan yang sangat keras sekali, lebih keras dari jeritan seekor kuda. Lalu beliau mencari asal mula suara itu, tak lama kemudian ternyata suara tangisan itu adalah suara tangisan syaitan yang sedang menangis, Wajahnya Pucat, terlihat badannya membungkuk serta terlihat kurus.

Setelah beliau menghampiri nya, beliau lalu berkata, Hai syaitan kenapa engkau menangis ?

Syaitan pun menjawab : "saya menangis karena banyak orang muslim yang masih melaksanakan shalat, saya tidak akan menangis kalau umat muslim meninggalkan shalat dan memilih untuk melakukan pekerjaan lain selain beribadah kepada Allah swt"

Beliau melihat wajah syaitan terlihat pucat, beliau pun bertanya : Lalu mengapa wajah engkau pucat ?

Syaitan pun menjawab : "wajah saya pucat karena banyak orang muslim yang menyegerakan menikah padahal saya menginginkan mereka untuk menunda-nunda pernikahannya, agar mereka terus berada dalam kemaksiatan sehingga pada akhirnya mereka terjerumus kedalam lubang perzinahan."

Beliaupun melihat badan syaitan membungkukm beliaupun bertanya : Lalau mengapa badan engkau membungkuk ?

Syaitan pun menjawab : "badan saya membungkuk karena masih banyak orang muslim yang bergotong royong untuk mengajak kebaikan, padahal yang saya inginkan bahwa semua umat muslim itu bergotong royong dalam kejelekan sehingga mereka semua bergotong royong dalam kemaksiatan"

Beliaupun melihat badan syaitan yang kurus : Lalu mengapa engkau terlihat kurus ?

Syaitanpun berkata : "saya kurus karena masih banyak orang muslim yang berdo'a meminta khusnul khatimah (baik di akhir hidup), padahal yang saya inginkan adalah mereka semua shu'ul khatimah (jelek di akhir hidup).

Semoga Kisah ini bisa menyadarkan kita !

Akhmad Efendi

Catatan : BAGIKAN KE TEMAN....

Kisah Syaitan Yang Sedang Menangis:

'via Blog this'