Sunday 16 October 2011

Tanda-tanda Yang Menunjukkan Sesorang Itu Ada Saka


Penawar.com » Tanda-tanda Yang Menunjukkan Sesorang Itu Ada Saka:


Di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada saka adalah seperti yang dinyatakan berikut:

1. Gejala pada waktu tidur:

  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
  • Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi berada di tempat sunyi.
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
  • Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi.
  • Merintih dan menangis ketika tidur.

2. Gejala pada waktu jaga:

  • Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
  • Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
  • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
  • Lenguh di sendi-sndi utama.
  • Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagaikanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
  • Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
  • Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
  • Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.

Cara mudah untuk mengetahui samada seseorang itu mempunyai saka atau tidak:

  • Perhatikan samada mengalami salah satu gejala yang tertera di atas.
  • Jumpa pengamal Rawatan Islam.
  • Selidiki keturunan sebelumnya samada dari sebelah ibu atau bapa hingga datuk,nenek, moyang dan ke atas. Adakah ada di kalangan mereka itu menagamalkan ilmu-ilmu berikut:

- bomoh

- bidan kampung

- guru silat

- pegamal ilmu kebatinan

- pengamal ilmu pengasih, pemanis dan sebagainya

Sebaik-baiknya berjumpa dengan perawat. Selidik dengan teliti masalah yang melanda kerana terkadang gangguan saka dan sihir berkaitan di antara satu sama lain. Jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa tetapi berikhtiarlah untuk menghapuskan saka tersebut dengan kaedah Islam. Tingkatkan iman dan amal soleh supaya mendapat lindungan dan pertolongan Allah s.w.t.

Jangan sekali-kali mencari penawar atau rawatan yang bercanggah dengan syarak yang boleh menjerumuskan ke lembah syirik. Berubatlah dan beramallah. Jangan putus asa jika masih belum berhasil mengatasi masalah gangguan saka. Terus berikhtiar dan memohon kepada Allah s.w.t.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment