Sebelum saya memulakan kelas, seorang pelajar Cina bukan Islam bernama Jenne bertanyakan satu soalan yang sangat menarik iaitu mengapa kerasukan hanya menyerang orang Islam sahaja. Saya tidak menjangkakan soalan sebegini akan keluar dari seorang pelajar perempuan Cina bukan Islam. Mula-mula saya menjawab secara peribadi secara perlahan khusus untuk Jenne sahaja tetapi selepas itu pelajar Melayu Islam lainnya meminta saya menjawab soalan tersebut kepada semua orang.
Kerasukan adalah isu kebangsaan di Malaysia dan saya membuat keputusan bahawa semua bakal guru ini wajar sekali diberikan serba sedikit penjelasan serta bagaimana menangani kes ini sekiranya berlaku disekolah kelak. Setelah meminta izin kepada pelajar bangsa-bangsa lain serta berlainan agama dan meminta kemaafan sekiranya ada menyentuh agama lain, saya pun memulakan penjelasan mengapa histeria atau kerasukan hanya menyerang Melayu Islam.
Saya memulakan penjelasan dengan menulis sesuatu di papan putih:
TUHAN
/ \
Terus Perantaraan
Orang Islam Bukan Islam
(dimusuhi syaitan) (sahabat syaitan)
Saya menjelaskan perbezaan umum antara agama Islam dengan semua agama bukan Islam. Semua agama ada mempercayai Tuhan, ada sembahyang, puasa dan pelbagai ibadah lain. Beza utama ialah semua agama bukan Islam menggunakan perantaraan seperti berhala, gambar tuhan dan tangkal (talisman) sedangkan agama Islam tidak perlu dan tidak boleh menggunakan segala macam perantaraan.
Tiba-tiba saya ternampak dua pelajar wanita India menggunakan nandek di dahi dan tangkal tali dilengannya. Dua pelajar Cina juga menggunakan tangkal tali yang lebih tebal berwarna kuning merah dan seorang darinya pula memakai tali tangkal dilehernya dengan berloketkan batu jade.
Saya menyuruh pelajar ini berdiri menunjukkan tangkal-tangkal mereka sebagai penjelasan kepada semua pelajar lainnya. Saya menjelaskan bahawa pelajar-pelajar ini berharap kepada tangkal-tangkal ini semoga memberikan mereka perlindungan kearah kebaikan. Tangkal ini ini juga sebenarnya adalah satu berhala. Ia menjadi perantaraan antara mereka dengan Tuhan mereka. Orang Kristian menggunakan tangkal salib dengan harapan memberikan perlindungan dari syaitan.
Apabila orang Islam menggunakan tangkal, ia sudah terkeluar dari Islam dan menjadi sama taraf dengan orang kafir lainnya iaitu menggunakan perantaraan. Sekiranya menyimpan ayat Kursi atau dan surah Yaasin dalam beg tangan untuk perlindungan juga sudah menjadikan kafir kerana menggunakan perantaraan.
Saya menjelaskan bahawa mengaku Islam tidak semestinya Islam tulen (atau beriman). Ramai orang Islam di Malaysia tidak mengetahui bahawa mereka ini sudah terkeluar dari Islam kerana menggunakan perantaraan seperti tangkal dan azimat.
Seterusnya saya berpindah topik kepada rahmat dan perlindungan Allah kepada umat manusia. Apabila Allah dalam konsep Islam memberikan perlindungan dan rahmatnya sebagai contohnya, syaitan tidak berupaya mengganggu manusia kerana Allah telah melindungi manusia ini. Manusia dan syaitan di jadikan oleh Allah dan sangat lemah. Orang yang diganggu syaitan adalah kerana Allah mengizinkan syaitan untuk mengganggu manusia ini dan ia adalah satu azab (punishment) dari Allah dan azab ini adalah bertujuan agar manusia ini kembali kepada jalan lurus yang diredai Allah. Analoginya adalah sama seperti ayah merotan anak yang mengingini anak ini agar menjadi baik.
Kerasukan adalah satu bentuk azab dari Allah kepada orang Islam yang sudah rosak akidahnya akibat contohnya menyimpan tangkal dan sebagainya. Orang yang rosak akidahnya ini banyak bersifat dengan sifat negatif seperti takut waktu malam dan lemah semangat dan ini juga adalah merupakan antara pelbagai azab dari Allah. Orang yang dirahmati Allah banyak mempunyai nilai positif seperti kuat semangat, rajin, sabar dan tidak takut hantu dan malam.
Syaitan diizinkan oleh Allah untuk merasuk orang Islam yang rosak akidah sehingga histeria adalah sebagai pengajaran agar mereka bertaubat. Syaitan ini pula menggunakan orang yang dirasuk histeria ini sebagai satu kesempatan untuk menakutkan orang lain dan hanya orang lain yang lemah semangat dan kerosakan akidah akan berjaya dirasuk dan proses inilah yang menyebabkan histeria ini berjangkit dari satu orang ke satu orang lain. Namun orang yang sentiasa dirahmati Allah iaitu orang lebih mantap akidahnya selalunya tidak akan dijangkiti histeria ini.
Syaitan menggunakan kesempatan histeria untuk merosakkan akidah lebih ramai umat manusia melalui kaedah berikut:
- Bomoh akan dipanggil merawat mangsa dan bertambah kafirlah manusia “islam” ini.
- Bomoh akan diguna untuk menghalau syaitan. Bertepuklah syaitan.
- Bomoh akan memagar kawasan supaya tidak diganggu syaitan lagi dengan pelbagai tangkal azaimat. Bertepuklah syaitan.
- Pelbagai tangkal dan azimat serta perkara khurafat lain akan diterima daripada bomoh ini sebagai perlindungan.
- Orang yang belum kena dan sudah kena histeria selalunya akan berikhtiar dengan cara menemui bomoh dan mengutip tangkal azimat. Bertepuklah syaitan.
Inilah antara motif utama syaitan merasuk umat “islam” agar lebih ramai umat Islam sesat dengan kesyirikan. Persoalan seterusnya ialah mengapa hanya hanya orang Islam yang dirasuk? Jawapannya ialah syaitan hanya ingin merosak umat Islam semoga masuk neraka bersama mereka atas sifat dengki semenjak datok nenek mereka iaitu Iblis kerana Allah memuliakan manusia. Orang kafir tidak perlu dirasuk kerana ia hanya akan membazirkan masa dan tenaga mereka sahaja tambahan pula orang kafir sudah menjadi sahabat mereka. (sila rujuk rajah di atas). Apa gunanya mengganggu sahabat baik.
Untuk merawat mangsa histeria, saya telah jelaskan dalam artikel saya sebelumnya bertajuk Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum dihttp://emjayjb.multiply.com/journal/item/58 . Namun sebagaimana diketahui umum bahawa pedoman terpenting sekali bagi perawat ialah perawat tersebut perlu mempunyai akidah yang benar-benar mantap.
Jalan mudah bagi guru di sekolah sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam dalam menangani orang yang kerasukan ialah dengan menjauhkan mangsa tadi dengan mengasingkannya ke satu bilik atau bilik stor yang cukup jauh dari pelajar lain dan seterusnya dibiarkan orang kerasukan ini di dalamnya. Syaitan insya-Allah akan give up dari terus merasuk pelajar ini kerana matlamatnya untuk menakutkan dan menjangkitkan histeria kepada pelajar lain dengan memperdengarkan hilaian dan jeritannya sudah gagal. Kalau tidak ada bilik yang terasing jauh dari pelajar lain, mungkin membawa balik dan mencutikan pelajar ini adalah satu pilihan yang wajar. Namun satu perkara yang perlu dingat ialah tenaga orang yang kerasukan walaupun sekadar wanita yang bertubuh kecil adalah menyamai 8 orang lelaki.
Tiba-tiba satu pelajar bernama Anis mencelah “encik, padanlah kat sekolah saya dulu, ada seorang pelajar tu kerap kena histeria. Bila dibawa ke bilik sakit dia akan aman dan pulih sendiri dari kesan gangguan histeria. Bilik sakit ini kebetulan jauh dari pelajar lain.”. Gembira hati saya menerima komen sedemikian dari pelajar ini kerana ini menunjukkan beliau jelas faham tentang apa yang saya telah jelaskan.
Merawat pelajar yang histeria sebenarnya tidak begitu penting. Kurung mereka dalam bilik stor yang berjauhan daripada pelajar lain sudah mencukupi untuk merawat atau hanya sekadar menjauhkan pelajar lain dari gangguan gelagat dan hilai jeritannya. Apa yang paling penting ialah memulihkan pelajar bermasalah ini secara total sehingga beliau tidak akan menjadi bahan permainan syaitan pada masa akan datang. Jalan penyelesaiannya tidak ada dua dan hanya satu iaitu bersihkan tangkal dari tubuh, persekitaran dan rumah dari segala tangkal, azimat, gambar binatang dan manusia dan seterusanya mengisi ilmu tauhid sehingga pelajar ini benar-benar mantap. Apabila pelajar ini mula mengenali konsep tauhid, insya-Allah akan dapat dilihat perkembangan pelajar ini berubah tabiaatnya dan tidak lagi menjadi mangsa histeria. Ingatlah bahawa Islam tidak boleh diwarisi dan ianya hanya boleh dipelajari.
Anis menambah lagi “kesian pelajar yang kerap histeria di sekolah saya tu. Akhirnya dia kena buang dari sekolah. Barulah aman sekolah tu”. Begitulah sedihnya mengenangkan seorang wanita Melayu diberhentikan sekolah kerana kerap menggangu pelajar lain dengan gangguan histerianya. Pastinya ibu bapa pelajar ini telah banyak berusaha dan berhabis ribuan RM untuk memulihkan anak perempuannya namun di Malaysia ini, kebanyakan ibu bapa pelajar seperti ini hanya akan menambahkan kesesatan dengan bertemu pelbagai bomoh yang sekadar menambah koleksi tangkal dan azimat serta air jampi. Bagaimana Allah akan memberikan rahmatNya apabila usaha yang dilakukan ibu bapa seperti ini bukan ke arah tauhid Islam yang lurus tetapi semakin sesat bertemu bomoh. Situasi ini semakin amat merbahaya kerana ramai bomoh sesat ini bertopengkan “PENGAMAL PERUBATAN ISLAM DENGAN PELBAGAI IKLAN DI MAJALAH DAN AKHBAR TABLOID TERTENTU SERTA INTERNET DAN SETENGAHNYA BERTITLEKAN USTAZ, HAJI DAN PROFESOR TERMASUK PUSAT RAWATAN ISLAM D**** ****".
Kalau ibu bapa mangsa histeria mengambil wudhu dan terus bersolat dan seterusnya berdoa secara bersungguh mohon rahmat dari Allah insya-Allah gejala seperti ini dapat dibasmikan.
Perbincangan saya dengan pelajar ini tamat pada pukul 12.40 tgh jauh melewati masa tamat sepatutnya iaitu 11.50 pagi. Sedih meninggalkan mereka namun itulah asam garam kehidupan, berjumpa bakal berpisah.
Sekian untuk kali ini wassalam wallahualam
Emjay
Laman Emjay Selamat Datang Ke Laman Emjay - Mengapa kerasukan dan histeria hanya menyerang orang Islam???????:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment